Jumaat, Januari 21, 2005

Selamat Hari Raya Aidil-Adha

Agak lama tak menulis di dalam laman ni. Tahun baru 2005 telah pun 20 hari berlalu. Di Malaysia pada masa ni umat islam sedang menyambut Hari Raya Aidil-Adha atau Hari Raya Korban. Maka banyaklah orang buat ibadat korban dan binatang seperti lembu, kerbau, kambing atau unta dikorbankan.

Sesungguhnya hidup ini memerlukan banyak pengorbanan..apa yang yang nak dikorbankan tu terpulanglah pada diri sendiri. Pastinya pengorbanan tu biarlah yang positif dan banyak membawa kebaikan pada diri sendiri dan juga orang lain.

"Selamat menyambut dan meraikan Hari Raya Aidil-Adha"