Rabu, Disember 20, 2006

Banjir datang lagi..


Diberitakan negeri Johor telah dilanda banjir besar setelah hujan turun tampa henti mulai hari Khamis lalu [14/12/2006].

Kemuncak banjir adalah semalam [19/12/2006], di mana banyak kawasan rendah mula dinaiki air. Kawasan pertama banjir yang aku lihat ialah Jalan Masai Lama berdekatan kuari, jalan tu hanya kenderaan berat saja boleh lalu. Sebelah petang masa balik kerja aku dapati Kg. Sentosa di Cahaya Baru, Masai dah pun dilanda banjir. Rumah hanya nampak bumbung aje. Kg. sungai Tiram juga dilanda banjir terutama rumah yang berdekatan dengan sungai.

Hari tu kawasan tempat tinggal aku juga dilanda banjir iaitu Kg.Oren. Perumahan di Kg. Bentara, Jalan Melati dan Jalan Melur teruk dilanda banjir.

Hari ini [20/12/2006] semasa aku hendak ke Johor Bahru melalui Jalan Kempas Lama didapati Kg. Maju Jaya masih dilanda banjir walau pun hujan dah tak turun. Awal pagi semua kenderaan tidak boleh melalui jalan tersebut. Lebih 3 jam aku tunggu, akhirnya aku berpatah balik ikut jalan lain sebab air lambat surut.

Alhamdulillah dari petang hingga malam [saat aku menulis] hujan dah berhenti turun. Biasanya macam tu lah, lepas banjir hujan akan berhenti.

Kepada semua yang mengalami kesusahan menghadapi banjir aku harap berbanyak bersabar.

Rabu, Disember 13, 2006

Anas..


Anas..cucu sedara yang dijaga oleh isteri aku sejak dari kecil [kalau tak silap masa umurnya 3 bulan]. Tak jaga sepenuhnya, cuma di siang hari bila ibunya pergi kerja. Sayang kat dia, bila tak ada rasa rindu pulak..