Ahad, Januari 14, 2007

Bajir lagi di awal 2007

Pada 11 dan 12/01/2007 kawasan tempat aku tinggal Kg.Oren, Ulu Tiram dilanda banjir lagi. Nampaknya kali ini lagi teruk sebab kawasan yang tidak dinaiki air pada musim banjir yang lepas kini turut dinaiki air.


Diharapkan bantuan untuk mangsa banjir kali ni disampaikan dengan lebih telus. Kalau tak layak tu janganlah ambil kesempatan untuk turut ambil bantuan khas untuk mangsa banjir ni. Banyak keluhan aku dengar dari mangsa banjir pada musim lalu, masih lagi tak dapat bantuan seperti yang pihak kerajaan umumkan. Pada yang bertanggung-jawab tentang hal ni, tengok-tengoklah..

Kita sama-sama berdoa agar keadaan banjir di negeri Johor ni cepat pulih.

Jumaat, Januari 05, 2007

Erol patah kaki..


Pada 04 hb. Januari 2007 Khairul telah mendapat kemalangan jalan raya di Felda Ulu Tebrau. Akibat kemalangan itu kaki kanan nya patah [right foot open fracture]. Beliau telah dirawat selama empat hari di Hospital Sultan Ismail.
Terpaksa berjalan menggunakan tongkat untuk berjalan hingga 13 hb. Februari 2007. Beliau juga terpaksa mengambil cuti ke sekolah hingga 20hb. Februari 2007.
21 hb. Februari 2007 beliau telah kembali ke sekolah MRSM Pontian, dengan sedikit kesukaran iaitu kaki kanan masih tak boleh disarungkan kasut.

*ITULAH SEBABNYA KALAU TUNGGANG MOTOSIKAL TU KENA LEBIH BERHATI-HATI DAN YANG PENTING JANGAN LAJU-LAJU.