Khamis, April 12, 2007

Aku sakit mata..


Pada 11/04/07 aku dapat MC 3 hari kerana sakit mata. Virus ni mulanya dibawa oleh seorang anak saudara semasa menghadiri majlis perkahwinan di kampung. Dia mendapat virus sakit mata di sekolah dari salah seorang kawannya.


Semasa di kampung tu ramai yang terkena, termasuk isteri aku. sekarang aku pula yang kena.


Bila dah kena sakit mata ni kita tak boleh berkumpul dengan orang ramai, sebab ianya akan merebak dengan cepat. Mata jadi pedih dan gatal....

Perkahwinan Cem dan Fadhil..


Pada 8hb. April, 2007 telah berlangsung majlis perkahwinan yang gemilang antara Cem dan Fadhil bertempat di rumah Hj. Kasman, Kg. Pt. Kuda, Semerah, Batu Pahat. Majlis telah dihadiri ramai saudara mara dan para jemputan.


Majlis juga telah diserikan dengan persembahan live-band dari kombo OTD yang dibawa khas dari Kuala Lumpur. Tarian zapin juga turut dipersembahkan semasa sessi persandingan.


Semuga kedua pengantin berbahagia dan kekal hingga keakhir hayat.