Rabu, Februari 27, 2008

Semangat juang nenek..

Pilihanraya datang lagi, penamaan calon telah diadakan pada 24/02/2008 yang lalu, dan hari pengundian akan diadakan pada 08/03/2008.

Sama-sama kita berdoa semuga proses pilihanraya di negara kita Malaysia ini berjalan dengan aman dan sempurna.

Pilihanraya kali ni aku rasa calon paling popular dan menjadi tumpuan ialah seorang nenek dari Terengganu. Rasanya semua akhbar dan berita TV di Malaysia ada memaparkan kisah nenek ni. Kalau kita search dalam internet memang banyak web site dan blog-blog yang memperkatakan kisah beliau yang bertanding dalam usia seorang nenek.



Sebenarnya aku amat respek kat nenek ni, semangat juangnya cukup tinggi... Baca berita di bawah yang aku ambil dari Kosma Online 26/02/2008.

Nenek tidak gentar bertanding

KUALA TERENGGANU - "Tak tahulah boleh menang ke tidak tapi minta-mintalah boleh menang bak kata pepatah, bila dah sekali harung biarlah basah."
Demikian tegas penjual kain yang merupakan calon bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof, 89.
Maimun berkata, biarpun calon yang ditentang iaitu Datuk Razali Ismail dari Barisan Nasional (BN) dan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu merupakan gergasi politik, dia tidak gentar.
Malah, dia yang membahasakan dirinya sebagai Tok memberitahu sudah menempah sebanyak 1,000 poster yang akan mula diedarkan hari ini tetapi tidak pasti di mana lokasi poster itu hendak ditampal.
Menurutnya, dia tidak pasti sama ada sempat untuk menemui semua bakal pengundinya kerana kawasan Parlimen Kuala Terengganu agak luas.
"Rasa-rasanya tak larat nak pergi semua tempat, tapi tak apalah, Tok pergi mana yang sempat sahaja,'' katanya ketika ditemui sewaktu berkempen dengan berbasikal di sekitar Jalan Panji Alam, semalam.
Anak dan cucunya menentang tindakannya bertanding dalam pilihan raya kerana risau keselamatannya selain boleh menyebabkan wang deposit RM10,000 hangus.

Lagi cerita menarik tentang nenek>

Selepas lima kali mencuba, akhirnya hasrat seorang nenek, Maimun Yusuf, 89, untuk menjadi calon tercapai apabila diterima bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac ini.
Ini kerana, sejak empat pilihan raya lepas, Maimun mengemukakan borang pencalonan, namun ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak memenuhi syarat.

Bagaimanapun, kali ini nasibnya baik apabila pencalonannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu diterima.Maimun yang akan bertanding menggunakan logo kunci serta parti yang diwakilinya, Parti Tanah Melayu Bersama Islam berkata, beliau menjual tanah untuk membayar wang pertaruhan sebanyak RM10,000 serta RM5,000 lagi untuk deposit bahan kempen.
Ketika ditanya sama ada beliau yang menjual kain batik dan songket dari rumah ke rumah tidak sayangkan wang itu jika hangus, jawabnya ringkas: "Pitih (wang) boleh cari."

Pada pilihan raya umum sebelum ini, beliau mengemukakan pencalonan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, namun kali ini memilih kerusi Parlimen Kuala Terengganu kerana berminat untuk menentang Mohamad Sabu

Jumaat, Februari 08, 2008

Aku Pulak Kena Bedah


18/11/2007 - Petang hari tu aku daftar masuk wad Hospital Pakar Puteri, seperti yang dijadualkan. Aku akan menjalani pembedahan pemasangan impan untuk support tulang belakang di bahagian L4-L5.
19/11/2007 - Aku dah tak dibenarkan makan sejak malam semalam. Tunggu panggilan masuk ke bilik pembedahan. Jam 3:30 petang barulah aku dibawa ke bilik pembedahan. Kepala aku pening dan muntah, perut lapar gila. Di dalam bilik pastinya Dr Mazwar dah sedia dengan peralatannya. Sebelum bedah kena ubat bius dulu.. Dan aku pun tak sedar apa yang mereka buat selepas tu. Apa yang aku tahu jam 9:00 mlm aku dah dibawa balik kat wad.
23/11/2007 - Jam 2:30 petang aku dibenarkan keluar dari hospital.
*Hingga kini aku masih dalam cuti sakit dan tidak bekerja... kesian aku.