Jumaat, Jun 06, 2008

Ibu segala kenaikan..

Apabila harga petrol dan disel naik, bermakna selepas itu semua harga barangan keperluan dan perkhidmatan akan naik.. Tu sebab aku kata ianya "Ibu segala kenaikan".

Lepas ni pulak tarif elektrik pula akan naik. Bila tarif elektrik naik, tak mustahil lepas ni tarif air juga akan naik.

Apalah nasib lepas ni, harga barang keperluan naik, bil api naik dan bil air mungkin naik.

Cakap suruh berjimat memang senang.. Kalau gaji dah kecil, duduk pula kat bandar.. apa yang nak dijimatkan. Macam aku ni cuti sakit tampa gaji, lagi la haru.

Aku tak nampak apa istimewanya aku jadi ahli UMNO dan sokong kerajaan pada masa ni...

Khamis, Jun 05, 2008

Cuti lagi..

Aku baru saja naik kerja pada 02/06/2008, setelah pergi balik kerja selama 3 hari sakit belakang aku datang balik. Jadi hari ini 05/06/2008 aku jumpa Dr Mazwar di PSH untuk pemeriksaan.

Aku diberi rawatan, diberi ubat dan diberi cuti selama 2 minggu. Aku juga di galakkan bersenam dan buat fisioterapi.

Makanya tak kerjalah lagi aku selama 2 minggu ni. Cuti tak bergaji lagi di dalam keadaan minyak yang semakin mahal RM2.70 seliter.. Kasihan aku.. "bukit kat belakang rumah pun dah nak rata".