Selasa, Disember 30, 2008

Maybank tak pernah minta nombor pin

Malayan Banking Bhd (Maybank) tidak pernah menghantar e-mel meminta pelanggannya yang melakukan transaksi perbankan online untuk mengemaskini maklumat peribadi dengan memasukkan pin nombor atau nombor keselamatan akaun.

Bagi menjamin keselamatan pelanggan supaya tidak menjadi mangsa penipuan sindiket tertentu Maybank juga menyediakan notis amaran kepada semua pengguna dalam laman webnya iaitu Maybank2u.com yang meminta pengguna mengabaikan sebarang emel untuk mengemaskini maklumat akaun yang diterima mereka.

* Semua perbakan online di Malaysia menyediakan notis amaran ini.

Naib Presiden yang juga Ketua Perbankan Maya Maybank, Ahmad Shareza Abdul Rahman, berkata, pengguna juga diingatkan supaya tidak membuka e-mel dan terus memasuki laman Maybank2u menerusi e-mel yang dihantar kerana sindiket tertentu dipercayai menggunakan taktik sedemikian bagi mencuri wang pelanggan.

* Dah bekali-kali diingatkan.

* Pengalaman aku, pernah menerima email yang kononnya dari Maybank, CIMB, AmBank dan RHB. Kelakarnya ada satu bank tu aku tak ada akaun pun.

“Maybank juga bekerjasama dengan agensi keselamatan siber nasional iaitu Cybersecurity dalam melihat perkembangan jenayah siber di negara ini.

“Laman web perbankan kami selamat, namun pengguna perlu berhati-hati dengan penipuan memandangkan ia adalah masalah industri yang boleh memberi kesan kepada sektor kewangan dan tidak terhad kepada Maybank,” katanya.

* Aku sendiri yakin ianya selamat kalau kita sentiasa berhati-hati dan mematuhi nasihat.

* Kalau ada apa-apa yang mencurigakan hubungi segera pihak bank terbabit.

Haji Sanusi..

23/12/2008 aku terima e-mail dari Sanusi, beliau akan pulang bercuti pada 27 hingga 31/12/2008.

29/12/2008 jam 4:37 ptg, aku terima panggilan dari Sanusi yang telah pun berada di Pasir Gudang.

Pada malamnya bersama isteri, aku pun turun ke Pasir Gudang untuk ziarah Sanusi di rumah nya . Lama dah aku tak ke sini iaitu sejak berhenti kerja dari Titan.

Tujuan dia balik ialah untuk mengambil anak-isterinya untuk dibawa berhijrah ke Kingdom of Saudi Arabia.

Lama tak jumpa maka banyaklah cerita, terutamanya tentang pengalaman beliau semasa di KSA, tentang kerja dan tentunya pengalaman beliau semasa menunaikan ibadat haji. Untunglah Sanusi, baru beberapa bulan di KSA dah dapat peluang mengerjakan haji. Tahniah Haji Sanusi.. aku? ntah, bila dapat jejak kaki di sana.

Masa aku ziarah tu, Elham dan Razak pun ada datang sama.

20081229 (0)*sempat bergambar dengan Sanusi..

Esok 31/12/2008, Sanusi balik semula ke  KSA bersama keluarga. Aku doakan mereka sekeluarga sentiasa selamt sejahtera di perantauan…. amin.

InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi..

Sabtu, Disember 27, 2008

Memperagakan nombor pendaftaran

Aku pasti semua pemilik kenderaan telah memperagakan nombor pendaftaran [plat] kenderaan mereka. Tapi adakah nombor pendaftaran anda itu mematuhi spesifikasi yang dibenarkan.

Di sini aku letak dua contoh nombor pendaftaran yang dibenarkan, lain-lain sila rujuk ke laman JPJ.

PLATE01(1)

PLATE04(1)

Anda boleh didenda tidak melebihi RM300 jika tidak mematuhinya megikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] Seksyen 14(4) .

Isnin, Disember 22, 2008

JLJ 625

22/12/2008 jam 10:55 am , ambil motosikal JLJ 625 [Honda Wave 100R [K] di kedai.



Harga RM4472.00 [termasuk insuran, cukai jalan dan pendaftaran]. Trade-in RXZ dapat RM3000.00, kena tambah RM1472.00.

Jemputan kahwin di Felda Bukit Rokan Utara

20/12/2008 ke Felda Bukit Rokan Utara, jemputan kahwin di rumah En. Mohd Khalid Basrom.


Kronologi:
21/12/2008 [5:30] - dari Ulu Tiram ke Parit Kuda [>123 kM]
20/12/2008 [7:45] - dari Parit Kuda ke Felda Bukit Rokan Utara [>150 kM]
20/12/2008 [15:30] - dari Felda Bukit Rokan Utara ke Parit Kuda [>150 kM]
21/12/2008 [3:30] - dari Parit Kuda ke Ulu Tiram [>123 kM]
Jarak perjalanan > 546 kM, penat...

Rabu, Disember 10, 2008

Air naik di Hari Raya Haji..

Lupa nak cerita... pagi raya tu kira-kira jam 4:00 pagi hujan telah turun dengan lebatnya. Walau pun agak reda selepas tu, tapi hujan masih turun berterusan.. Alhamdulillah tiada berlaku banjir besar..


Paras air jam 8:05 pagi..


Paras air 10:57 pagi..


Paras air 12:36 tengah-hari.. nasib baik ia bertahan setakat ni..


Ini paras air kat belakang rumah jam 1:04 petang..

Ini kat kampong pak mertua aku Pt. Kuda, tempat lain di sekitar Batu Pahat tak tahu pula. Biasanya kalau hujan lebat di depan BP Mall tu nai air, aku dah terkena masa datang ke sini pada 7/12 petang Khamis lepas.

Kancil ku jadi tempat "transit" lagi

Beberapa hari tiada di rumah, Kancil yang ditinggalkan "berseoranagan" di rumah sekali lagi jadi tempat transit untuk tikus mencari dan memakan makanannya.

Makanya kenalah aku bersihkan..

Sang Tikus juga menggigit tiub air wiper spray.. tah apa-apa la tikus ni..


Lihat...

"korban"

Tahun ni buat "korban" kat kampong. Seekor lembu untuk 7 orang. Pembelian, urusan sembelih, melapah dan pembahagian diuruskan oleh Abg Zul.


Inilah wajah sang lembu sebelum di"korban"kan..
Malamnya diadakan majlis kenduri..
Terima kasih kepada semua yang terlibat, khasnya emak, abah dan abg zul..

Ahad, Disember 07, 2008

Ke Pasar Pt. Jawa

Esok Hari Raya Aidiladha.. Raya Haji le.. Kita orang ke Pasar Parit Jawa untuk beli barang masak untuk esok..

Pilih tempe untuk buat sambal goreng..

Jumaat, Disember 05, 2008

Hantar Erol ke MRSMTG Jasin

4/12, petang, balik kampong Pt. Kuda. Esoknya 5/12, pagi hantar Erol ke MRSM Tun Ghafar di Jasin. Ada temuduga SPC jam 10:30 pagi.


Tempat temuduga.