Rabu, September 22, 2010

Alhamdulillah .. aku bersyukur dengan rahmat ALLAH..

Berikut adalah kejadian yang berlaku yang membuatkan aku berasa amat bersyukur di atas limpahan rezeki dan rahmat ALLAH.

20100913 010 Inilah keadaan kedua-dua tayar belakang kereta aku.. yang aku pandu pada 12/09/2010, dari Ulu Tiram ke Kota Damansara dalam keadaan hujan di waktu malam. Amat terkejut bila tersedar keesokan harinya.

Alhamdulillah.. dengan rahmat dan perlindungan ALLAH perjalanan aku pada waktu itu tiada gangguan..

Namun.. selepas ini aku mesti berhati-hati.. berasaskan konsep bertawakal kepada ALLAH.

Aku lupa ada blog..

Tak la sibuk sangat.. tapi tu la, aku selalu lupa nak up-date kan blog aku ni.