Jumaat, Februari 25, 2011

Kembali ke Rahmatullah..

Pada 25/02/2011 jam 1:05 tengah-hari sebelum waktu dzohor ketika aku hendak ke masjid untuk sembahyang Jumaat.. pada waktu inilah Long telepon menyatakan adik aku Sabariah telah meninggal dunia di Hospital Sultan ismail, Johor Bahru.

20110227 0001

Di sinilah akhiran hidup di dunia… semua akan merasakannya.  Al-Fatiha..

Isnin, Februari 21, 2011

Kursus 33kV di ILSAS

Kursus untuk upgrade dari 11kV ke 33kV di ILSAS, seramai sepuluh peserta menyertainya termasuk aku.

20110222 0103

Kursus diadakan selama 3 hari ini adalah sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan dengan Suruhanjaya Tenaga. Exam aku 8/3/2011, hari Selasa.

Selasa, Februari 01, 2011

Barbican

Betul ke air Barbican ni boleh jadi ubat penyakit batu karang? Siapa boleh jawab?

20110201 025 Barbican

Rasanya manis kecuali Malt asli yang rasanya pahit..penuh berkarbonat..