Isnin, November 07, 2005

1 Syawal 1426 Hijrah


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal1426 Hijrah..maaf zahir dan batin. Pada pagi hari raya tu aku dan keluarga ke rumah mak aku di Felda Ulu Tebrau, lepas tu baru aku balik ke kampung Pt. Kuda. Sebelum orang habis sembahyang raya aku dan keluarga dah sampai. aku tak dapat nak sembahyang raya sebab uzur, pinggang masih sakit lagi. Kereta pun isteri aku yang pandu..nak buat macam-mana uzur syarie lah katakan..

Hari Raya memang mengembirakan, dapat berkumpul ramai-ramai. Ada sessi bergambar dan makan-makan..meriah sungguh. Kuih pun bermacam jenis..tapi aku makan yang sedap aje.

Hari Raya kedua aku rasa pinggang sakit sangat..nak bangun rasa sakit sangat.. Bilalah sakit aku ni nak sembuh, kesian aku sebab tahun ni tak dapat raya sakan..Posted by Picasa

Jumaat, Oktober 28, 2005

Aku Sakit..

Semasa aku menulis ni, aku masih bercuti lagi ..Hospitalization Leave hingga 09/11/2005 kerana sakit tulang belakang. Pada 01/09/2005, aku rasa sakit pinggang, pagi tu aku tak jadi pergi kerja, dapat MC dari Poliklinik Puteri [Dr. Mustaffa Sham Bin Musa]. Selepas tu aku banyak dapat MC dari Klinik Titan [Dr.Pathmakanthan dan En.Khamis Bin Ahmad], aku hanya dibenarkan membuat kerja-kerja ringan selama sebulan. Doktor hanya benarkan aku mengangkat benda berat setakat 10kg, tak boleh panjat tangga dan mencapai benda tinggi.

Pada 13/09/2005 aku dirujuk ke Puteri Specialist Hospital [Dr.Mazwar bin Sofiyan], setelah menjalani pemeriksaan dan melakukan MRI doktor sahkan disk antara L4 dan L5 aku dah rosak. Disk yang terkeluar menyebabkan saluran urat saraf tulang belakang jadi sempit. Doktor syorkan aku membuat rawatan terapi seminggu dua kali Jabatan Fisio terapi hospital tu.
Pada 27/09/2005 aku rasa sakit sangat semasa pandu kereta nak pergi kerja. Aku pusing balik dan tak jadi pergi kerja, aku ke Poliklinik Puteri [Dr.Pishal Bin Pauzi], MC lagi dan dia syorkan aku buat pembedahan.

Aku jumpa Dr.Pathma dan setelah berbincang, aku terpaksa buat pembedahan.

30/09/2005, aku jumpa Dr.Mazwar di Puteri Specialist Hospital dan pada jam 10.00 pagi aku dimasukkan ke wad L401B.

02/10/2005, lebih-kurang jam 09:00 pagi hingga jam 12:00 t/hari aku menjalani pembedahan tulang belakang.

03/10/2005, atas permintaan aku dan isteri, aku dibenarkan keluar wad dan balik kerumah. Walau bagaimanapun aku kena buat pemeriksaan ulangan di hospital. Pemeriksaan ulangan yang akan datang ialah pada 09/11/2005.

Aku nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua insan-insan yang telah memberi perhatian terhadap sakit yang aku alami, terutamanya:

  • Khasnya isteri aku tersayang Izah serta anak-anak aku Khairul dan Rahieza.
  • Doktor-doktor yang merawat aku, khasnya Dr.Pathmakathan [Klinik Titan] dan Dr.Mazwar [ Puteri Specialist Hospital].
  • Semua staff Puteri Specialist Hospital yang terlibat, khasnya Jabatan Fisioterapi dan petugas Wad 410.
  • Keluarga aku, khasnya Emak, Adik sekeluarga dan Ngah sekeluarga.
  • Keluarga mertua, khas buat Emak dan Abah yang banyak membantu, Noi dan Rasid sekeluarga, Uda sekeluarga khasnya untuk Roslee [kerana menunggu di hari pembedahan dan tolong pandu kereta] dan Ngah Lasim sekeluarga.
  • Jiran-jiran khasnya Pak Wan [tolong bawa Kancil aku balik] dan isteri serta Kak Nor.
  • My best friend aku, Izat sekeluarga.
  • En. Mohd Sanusi Idris, my boss yang memahami keadaan aku dan semua teman sekerja yang ingatkan aku.
  • Semua teman-teman yang mendoakan kesejahteraan aku.

Posted by Picasa

Sabtu, September 24, 2005

Duku Oh Duku


Sekarang ni tengah musim buah duku..harga pun tengah murah ni.. Kalau pergi ke rumah sedara yang ada pokok duku..boleh dapat free lagi..Posted by Picasa

Ahad, September 18, 2005

Oh Rumah Ku..


Ini hasil kerja ubah elok rumah aku oleh tukang rumah tempatan..memuaskan. Kerja-kerja ini dimulakan pada 07/08/2005 dan berakhir pada 10/09/2005. Posted by Picasa

Rabu, Mei 11, 2005

Gambar Buah


Ini gambar buah hati aku bersama buah mempelam..lokasinya, kat sebelah rumah aku aje. Posted by Hello

Sabtu, Mac 19, 2005

Ladang Nenas


Susah nak jumpa ladang nenas seluas mata memandng sekarang..ladang di dalam gambar ni boleh dijumpai kalau kita pergi ke Ayer Baloi melalui jalan Felda Bukit Batu-Ayer Baloi. Posted by Hello

Ahad, Mac 06, 2005

Hujan Lebat.


Hari ini hujan lebat turun dari awal pagi, berhenti sekejap dan turun lagi dengan lebatnya silih berganti hingga menjelang malam. Sebenarnya beberapa hari lalu ada juga hujan turun tapi tak selebat dan selama hari ini. Masa aku tulis ni pun hujan baru saja berhenti dan mungkin akan turun lagi malam nanti. Cuaca pun jadi sejuk sikit.. Syukur ALHAMDULILLAH.
Aku pun tak perlu memandikan KANCIL aku tu.. Posted by Hello

Sabtu, Mac 05, 2005

Aku Tetap Aku


Sesungguhnya hidup ini penuh dengan dugaan, terutama untuk menjadi insan yang baik. Posted by Hello

Khamis, Februari 17, 2005

Isteri Ku Tersayang.


Isteri Ku Tersayang Posted by Hello

Dah lama aku tak tulis catatan ni.. Ini gambar aku bersama isteri pada Hari Raya Haji, lokasinya bawah pokok rambutan depan rumah emak aku.

Beberapa peristiwa yang berlaku kebelakangan ini menyebabkan aku bertambah sayang kat isteri aku.

Jumaat, Januari 21, 2005

Selamat Hari Raya Aidil-Adha

Agak lama tak menulis di dalam laman ni. Tahun baru 2005 telah pun 20 hari berlalu. Di Malaysia pada masa ni umat islam sedang menyambut Hari Raya Aidil-Adha atau Hari Raya Korban. Maka banyaklah orang buat ibadat korban dan binatang seperti lembu, kerbau, kambing atau unta dikorbankan.

Sesungguhnya hidup ini memerlukan banyak pengorbanan..apa yang yang nak dikorbankan tu terpulanglah pada diri sendiri. Pastinya pengorbanan tu biarlah yang positif dan banyak membawa kebaikan pada diri sendiri dan juga orang lain.

"Selamat menyambut dan meraikan Hari Raya Aidil-Adha"