Ahad, Mac 30, 2008

Kematian..

Pagi ni ziarah jiran aku yang meninggal dunia malam semalam. Petang sebelumnya aku dan isteri menziarah arwah semasa sedang sakit di hospital. Beliau menghidap sakit tua dah agak lama.

Hidup ni memang tak kekal, kita ni entah bila agaknya..
Tengah hari aku melawat anak aku kat MRSM Pontian. Mungkin banyak sangat duduk, pinggang aku rasa sakit.. Tak larat nak pergi menghadiri majlis tahlil untuk arwah..

Belangkas..

Pada 21/03/2008 yang lepas aku balik kampung di Parit Kuda, Semerah, Batu Pahat. Dah lama tak balik walaupun aku masih bercuti sakit. Sebabnya aku tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama.

Lama dah tak jumpa abah dan emak mertua..

Aku pun dah lama tak nampak belangkas dan makan telur belangkas. Masa balik hari tu dapatlah makan telur belangkas. Pandangan dari atas belangkas ni rupanya macan terminator.

Khamis, Mac 20, 2008

Sam kena 'flashover"...

Berita mengejutkan aku baru-baru ni ialah mengenai kemalangan [flashover] yang menimpa arwah Samsudin. Arwah dikenali sebagai seorang yang berpengetahuan dan sangat berpengalaman di bidang pekerjaan berkaitan elektrik. Sesiapa pun mulanya pasti tak percaya kemalangan serius ini berlaku keatas arwah, tapi takdir penentu segalanya..

Kronologi berita kemalangan dan pengakhiran..

17/03/2008 12.51 terima panggilan dari Samsul JPB. Tanya mengenai berlakunya flashover membabitkan staf Electest di Titan.

17/03/2008 12.56 cuba telepon Sam mengenai perkara ni, tapi tiada jawaban. [Masa ni aku tak tahu lagi bahawa Sam yang kemalangan]

17/03/2008 12.59 cuba telepon TPC Electrical..tak ada orang jawab panggilan.

17/03/2008 13.46 hantar SMS kat Jamal, cuba tanya dia pulak..

17/03/2008 19.16 Jamal jawab SMS aku [lambat jawab sebab kerja di Titan tak boleh bawa h/phone]. Dia pun tak tahu juga..

17/03/2008 15.56 tanya Elham melalui email.

17/03/2008 19.12 Elham balas email, dia pun tak tahu.

17/03/2008 21.50 SMS Zamri... dia pun tak tahu. Sah kemalangan ni tak berlaku di Titan seperti yang diberitakan walaupun masa tu ada team Electest yang buat kerja dalam Titan. Setakat ni banyak cerita timbul..ada yang kata Sam kemalangan bukan kena flashover tapi kemalangan jalanraya semasa nak ke Titan.

18/03/2008 09.00 Zamri telepon dari Titan, Samsudin yang kena flashover, disahkan oleh Reza yang dah pergi melawat semalam. Keadaannya dikatakan agak kritikal.

18/03/2008 16.09 gerak ke HSI melawat Samsudin di WAD 6A/12.Memang kritikal keadaannya masa tu. Aku rasa hampir 90% anggota badan yang kena, hanya bahagian mata ke atas dan bahagian kasut saja yang tak kena. Sedih bila tengok keadaan Sam masa tu.. Betapa bahayanya kerja elektrik.

18/03/2008 23.14 telepon Jamal [selepas dapat mesej misscall], dia beritahu Samsudin dah
meninggal dunia sekitar jam 22.00 malam.

18/03/2008 23.18 Jamal telepon, jenazah akan dibawa balik ke Pasir Gudang malam tu juga, esoknya baru dibawa ke Benut.

19/03/2008 07.27 Hisham ajak melawat kat Tmn Mawar P Gudang. Aku memang nak pergi..tunggu wife aku siapkan kerja sikit.

19/03/2008 08.09 Aku dah nak keluar rumah bila terima SMS dari Hisham beritahu jenazah dah dibawa ke Benut.Alhamdulillah, nasib baik semalam aku dapat melawat Sam buat kali
terakhir..kalau tak nyesal juga.

19/03/2008 08.15 Confirm jenazah dah dibawa pada jam 07.30 pagi.

19/03/2008 09.58 Jamal beritahu team Electest hantar wakil aje ke Benut sebab kena kerja.

Takpalah kerja mesti dibuat, hidup mesti diteruskan.. Kepada kawan-kawan yang masih bekerja termasuk diri aku, kerjalah dengan berhati-hati dan utamakan keselamatan diri.Untuk arwah Samsudin, semuga rohnya sentiasa di cucuri rahmat Allah..Amin....

Isnin, Mac 17, 2008

Aktiviti aku masa cuti ni..

Hari ini 17/03/2008, budak dah naik sekolah. Hari ini juga aku sepatutnya dah naik kerja semula, tapi apakan daya doktor sambung lagi cuti aku sebab masih tak kuat.

Semalam hantar anak lelaki aku balik ke asrama MRSM Pontian. Sakit juga belakang aku naik kereta pergi balik hampir dua jam. Tambahan pulak jalan Bukit Batu-Parit Panjang ke Ayer Baloi teruk sangat. Sesiapa yang dah lalu pasti tahu keadaannya.

Ada kawan tanya, tak boring ke duduk kat rumah lama-lama? Nak buat macam mana dah sakit. Aktiviti harian aku di rumah ialah masa sekolah ni pagi aku hantar ank aku pergi sekolah, tengah-hari ambil untuk balik. Kat rumah kalau tak ada apa-apa nak buat aku tengok TV, tapi selalunya aku lebih banyak duduk depan komputer. Lepas makan kenalah tolong basuh pinggan.. sebab aku tak pandai nak tolong masak.


Hari ni lepas hantar anak pergi sekolah aku ON komputer dan akses internet, bacalah apa yang patut kat dalam internet. Lepas tu aku cuci kereta yang semalam kena hujan dan berlumpur. Siap cuci kereta aku tolong vakum rumah.. lepas tu [two]..three..



[bukan saja luar, bahagian enjin pun aku cuci..]

[bersih selepas aku vakum..]

Rabu, Mac 12, 2008

Aku sambung cuti lagi..

Semalam 11/03 doktor sambung "hospitalization leave" aku dari 17/03 hingga 22/04, tambah sebulan lebih lagi aku duduk berehat kat rumah. Agak lama dah aku duduk kat rumah ni, tapi apa boleh buat kalau dah memang aku ni masih tak kuat untuk bekerja semula.

Inilah gambar x-ray terbaru tulang belakang aku. Penyokong yang dipasang dalam keadaan baik, cuma tulang yang diletak kat tengah tu agaknya masih tak OK.

Sabtu, Mac 08, 2008

Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Dah buka akaun SSPN untuk anak anda? Kalau belum cepat buka sebab hanya pelajar yang ada akaun SSPN layak membuat pinjaman di PTPN. Faedah pun banyak bila buka akaun simpanan ni. SSPN ada insuran untuk penyimpan, tapi kena simpan sekurang-kurangnya RM3000. Kalau belum buat, cepat pergi buat.

Aku nak cerita sikit pasal nak buka SSPN ni. Sebelum pergi nak buka akaun adalah lebih baik anda menghubungi pihak SSPN atau ajennya bagaimana cara nak buka akaun. Ini kerana maklumat yang ada di laman wab SSPN tu aku rasa tak berapa lengkap. Sebab kurang maklumat aku terpaksa berurusan dengan ajen SSPN ni sebanyak 3 kali.

Kalau anda perhatikan di dalam borang hanya dokumen sokongan yang diperlukan ialah salinan kad pengenalan pendeposit, salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran penerima manfaat dan slip gaji atau sebagainya untuk pengesahan pendapatan itu pun kalau berhasrat nak dapat geran sepadan. Jumlah deposit minimun pula untuk pembukaan diberitahu hanya RM20.00 sahaja.

Apa yang sebenarnya yang diperlukan semasa nak buka akaun ialah kita mesti bawa dokumen asal bagi setiap salinan yang diminta untuk pengesahan. Kad pengenalan pendeposit,isteri, penerima manfaat,penama,dokumen asal pengesahan pendapatan [walaupaun tak layak dapat geran sepadan]mesti dibawa. Deposit untuk pembukaan aialh mengikut umur anak. Anak aku berumur 17 adan 15 tahun, setiap seorang dikenakan RM100.00, tak tahu macam mana mereka kira.

CIMB Johor Jaya adalah antara ejen SSPN yang memberi khidmat yang memuaskan. Borang yang dimuat turun dari laman web pun boleh digunakan dan diterima di sini. Aku ada pergi bank [ejen SSPN juga] lain sebelum tu tapi tak dapat buat sebab borang habis dan borang muat turun tak boleh digunakan.

Rabu, Mac 05, 2008

Aduh! Sakitnya belakang aku..

Hari ni entah apa silapnya, tiba-tiba belakang aku terasa sakit sangat. Tak tahan rasanya. Minta tolong wife aku tampal koyok yang memang banyak dari stok simpanan. Sengaja aku tak makan "pain killer" bila rasa sakit, sebab biasanya bila hilang sakit aku akn jadi renyah.

Dah lama aku tak pergi kerja, takut pulak nanti bila pergi hospital doktor masih tak benarkan aku pergi kerja. Aku harap sangat sakit aku cepat baik, walau pun aku tahu sakit tulang belakang seperti ni memang tak boleh pulih seperti asal pun. Sekurang -kurang membolehkan aku pergi kerja pun dah cukup baik, maklumlah bila lebih 60 hari cuti, gaji pun tak ada le.

Isnin, Mac 03, 2008

Rindu kat anas..

Lama dah tak jumpa Anas, iaitu sejak di bawa pindah ke Perak. Hanya dengar suara aje melalui telepon.

Lihatlah gambarnya.. seperti melihat masa depan. Meriahnya kalau Anas ada kat sini. Semuga Anas membesar menjadi anak yang baik. Ayah, Emak, Along dan Angah sayang kat Anas..

Ahad, Mac 02, 2008

Nak undi siapa?

Pada 08 Mac 2008 ni, insyaAllah aku akan pergi mengundi sempena pilihanraya Malaysia yang ke 12. Aku akan pergi mengundi di Sekolah Menengah Ulu Tebrau untuk Parlimen 158 [Tebrau]dan Negeri 41[Puteri Wangsa].

Berdasarkan dari Al-Quran surah al-Maaidah ayat 51, kau orang tentu dapat mengagak siapa calon yang aku pilih kali ni.

Keutamaan aku ialah siapa calon, kemudian baru pilih parti yang terbaik. Tak mesti aku sokong parti pemerintah atau parti pembangkang.
Selamat mengundi..