Isnin, November 07, 2005

1 Syawal 1426 Hijrah


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal1426 Hijrah..maaf zahir dan batin. Pada pagi hari raya tu aku dan keluarga ke rumah mak aku di Felda Ulu Tebrau, lepas tu baru aku balik ke kampung Pt. Kuda. Sebelum orang habis sembahyang raya aku dan keluarga dah sampai. aku tak dapat nak sembahyang raya sebab uzur, pinggang masih sakit lagi. Kereta pun isteri aku yang pandu..nak buat macam-mana uzur syarie lah katakan..

Hari Raya memang mengembirakan, dapat berkumpul ramai-ramai. Ada sessi bergambar dan makan-makan..meriah sungguh. Kuih pun bermacam jenis..tapi aku makan yang sedap aje.

Hari Raya kedua aku rasa pinggang sakit sangat..nak bangun rasa sakit sangat.. Bilalah sakit aku ni nak sembuh, kesian aku sebab tahun ni tak dapat raya sakan..Posted by Picasa