Sabtu, Disember 04, 2010

Lepas ni apa pulak yang ikut naik?

BERNAMA

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Keputusan kerajaan untuk menaikkan harga pam petrol dan diesel perlu diterima seluruh rakyat berikutan harganya sudah diapungkan mengikut pasaran minyak dunia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe. 

Beliau berkata kerajaan masih bersifat prihatin dengan menaikkan harga dalam kadar yang rendah untuk kepentingan semua rakyat.

"Rakyat harus terima kenaikan harga petrol pada kadar yang rendah (lima sen) kerana harga pasarannya melambung dan kerajaan terpaksa menelan belanja yang banyak untuk menanggung subsidi," katanya kepada Bernama pada majlis Malam Mesra Pemuda dan Wanita Parti Gerakan di Menara PGRM di sini malam ini.

Beliau mengulas mengenai pengumuman pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen bagi setiap kilogram Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen bagi satu kilogram gula yang berkuat kuasa esok.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg. 

Berhubung kenaikan harga gula, Tan yang juga Ketua Wanita Gerakan berkata peniaga tidak harus mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berganda termasuk menaikkan harga makanan dan minuman sementara rakyat harus mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian mereka.

Majlis yang dihadiri seramai 700 perwakilan Pemuda dan Wanita parti itu turut dihadiri Presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

* Biasanya lepas ni adalah barang-arang keperluan lain yang ikut naik. Macam-macam alasan diberikan untuk mewajarkan kenaikan harga.

* Dalam hidup ni boleh dikatakan semua akan naik, susah nak jumpa yang turun. Umur pun sentiasa naik, kalau tak naik tu maknanya dah almarhum la..

Khamis, Disember 02, 2010

Duduk “sorang-sorang”…

Buat masa ni aku masih duduk “sorang-sorang” kat sini. Lepas anak aku habis SPM baru le aku angkut semua famili ke mari..

Jauh-jauh ni… rindu gila kat “wife” aku..

Tak tahan Oooo… teringat selalu… Aku sayang “wife” aku..

IZAH.. I LOVE “SAYANG” FOREVER…