Sabtu, November 24, 2012

Padang Besar

Ada di Padang Besar, saja jalan-jalan.

Ahad, November 11, 2012

Majlis kahwin Isma

Menghadiri majlis perkahwinan Isma di Kg. Bukit Nangka, Alor Gajah, Melaka.


Ahad, November 04, 2012

Hari Ulangtahun Perkahwinan ke 22

Hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan izah yang ke 22 tahun (1990 — 2012). Semuga perhubungan ini kekal terjalin di dunia dan di akhirat..amin.


Jumaat, Oktober 05, 2012

Ketuk kereta WXD384

Balik ke Ulu Tiram, dapatlah buat kerja mengetuk pintu kereta aku yang kemek.


Ahad, September 02, 2012

20120902 Hantar Rahieza ke UPSI

Jam 8.00 pagi bergerak ke Tg Malim untuk menghantar Rahieza mendaftar di UPSI.

Pendaftaran bermula jam 10.30 pagi, jam 9.00 pagi dah sampai, tempat pendaftaran sesak. Tidak dibenarkan masuk sehingga jam 10.30 pagi. Pusing balik ke Bandar Tg Malim untuk melepas hajat dan sarapan pagi.

20120902 0002 UPSI20120902 0003 UPSI

10.30 pagi pendaftaran untuk Z2 bermula, bawa barang naik asrama dan pelbagai urusan. Selesai kira-kira jam 2.00 petang.

Selepas sembahyang Zohor bergerak balik ke Subang, sampai rumah kira-kira jam 3.15 petang.

Perjalanan pergi dan balik sejauh 75km x 2 = 150km.

Jumaat, Ogos 03, 2012

WXD 384

Keluarga baru aku pada 27.07.2012 sebuah Proton Saga FLX 1.3 MT.


Khamis, Julai 12, 2012

Rahieza - Ujian memandu

Hari ini hantar Rahieza menjalani ujian memandu kereta di Metro Driving Academy Kg. Melayu Subang.

Jumaat, Julai 06, 2012

Wira - tukar daun pisang

Aktiviti tukar daun pisang atau "splash guard", kiri dan kanan pada kereta Wita. Tukar dan pasang sendiri dengan kos RM50.00 untuk kedua-dua belah.



Sabtu, Jun 30, 2012

Ziarah..

Singgah rumah emak sebelum balik ke Subang. Singgah sebentar di tanah perkuburan, ziarah kubur arwah abah, arwah cik yah dan arwavh israf... al-fatiha untuk mereka... amin.

Emak


Abah
Cik Yah
Israf

Khamis, Jun 28, 2012

Balik ke Ulu Tiram

Jam 12.00 mlm bergerak dari Subang, selepas balik dari kerja..
singgah di RnR Ayet Keroh untuk isi minyak kereta dan top-up TouchNGo..
singgah di RnR Pagoh untuk rehat dan makan/minum..
sampai rumah di Ulu Tiram jam 4.00 pg...

Isnin, Jun 25, 2012

Kancil

Beginilah rupa Kancil aku sekarang selepas kena langgar. Pagi tadi buat checking sebab ada bunyi bising bila dipandu.

1) ada bunyi kasar dari compressor (mungkin kena tukar bearing saja atau tukar set baru) apabila aircond di switch ON kan dan belting pun longgar (nak kena tukar sebab dah habis adjust kebelakang)
2) kipas (fan) pun ada bunyi kasar (nak kena tukar bearing atau set kipas).

Duit lagi.. kereta lama, kos maintenance tinggi.




Ahad, Jun 24, 2012

Cubaan guna Blogger

Cubaan guna Blogger pada Galaxy Tab 7.0 Plus

Update - * rasanya OK, boleh digunakan.


Update cubaan.

Selalu update pakai window live writer kat rumah.. ni kat tempat kerja aku cuba pakai direct google. Kejap lagi nak cuba pula pakai adroid pulak.

Rabu, Jun 20, 2012

Ambil Erol di KLIA

Semasa ambil Erol di KLIA pada 20.06.2012. Tunggu dari jam 3.00 ptg, jam 5.30 baru muncul.. flight delay kat Manchester katanya.


Di KLIA (dewan ketibaan antarabangsa), tukang ambil gambar tak ada dalam gambar...

Ahad, Jun 03, 2012

Kancil ku sakit..

Kancil sakit semasa bawa aku balik kerja jam 7.30 pagi hari Khamis 27.05.2012 di persimpangan Jalan Sungai Buloh – Jalan Lapangan Terbang.




20120527 0769


Kos rawatan RM1200. Kasihan Aku….

update - * Ucapan terima kasih kepada En. Isa (Exora WTU9069) kerana menumpangkan aku untuk balik kerumah pada hari tersebut.


update - * Terima kasih juga pada Etiqa Insurance kerana menyediakan "towing truck" untuk tarik kereta ke bengkel di Kepong.


update - * Pada 07/06/, 2012 lebih kurang jam 11:45 mlm Kancil aku telah dilanggar dari belakang semasa berhenti di lampu isyarat persimpangan Jalan Sungai Buloh / Persiaran Galaksi oleh sebuah Saga FL putih WSF 4002. Kos pembaikan kerosakan RM390.00.

Sabtu, Jun 02, 2012

Hanya ada di Batu Pahat

20120602 0771

Air botol ni hanya terdapat di Batu Pahat dan ianya memang ‘Made In Batu Pahat’.

Jumaat, Jun 01, 2012

Di sini tiada akses internet untuk U-Mobile

Kg. Pt. Kuda, Semerah, Batu Pahat, Johor – dulu pakai Celcom, kemudian pakai Maxis dan sekarang pakai U-Mobile. Sama saja, di sini tiada liputan broadband untuk akses internet. Cuma belum cuba guna Digi saja di sini.. Mengapalah pengendali broadband ni tak upgrade dia orang punya servis..

Sabtu, Februari 25, 2012

24/02/2012 hari akhir di Glomac

Semalam 24/02/2012 hari akhir aku kerja kat Glomac, 27/02/2012 kerja kat tempat baru...

Khamis, Februari 23, 2012

Lama tak update..

Lama dah tak update blog ni... kiranya mulai hari ni nak mula balik..