Jumaat, Julai 30, 2010

Tayar tercucuk benda..

Petang tadi pergi rumah emak aku di Felda Ulu Tebrau, sampai di “Corner Tapa” tiba-tiba tayar depan sebelah kiri bergegar macam langgar bonggol jalan.

Berhenti dan periksa, macam tak ada apa-apa.. tapi bila jalan bergegar lagi.. geleduk-geleduk.. Aku syak bearing roda kereta dah rosak..

Teruskan juga pergi rumah emak.

Baliknya aku terus ke “workshop” kereta, periksa kedua-dua tayar sebelah kiri.. tak ada apa-apa pulak.. siap pomen “test drive” lagi.

Balik kat rumah aku periksa lagi keempat-empat tayar. Sah, ada benda dah tercucuk masuk kat tayar depan sebelah kiri.

20100730 0017

Hantar balik kat “workshop” kereta untuk tampal.. 15mm panjang benda tu masuk dalam tayar. Tu yang bergegar bila berjalan.. kenalah RM8.00.

Khamis, Julai 29, 2010

Maaf IWK..

Semalam kira-kira jam 3:30ptg, aku terima panggilan telefon dari IWK Tampoi untuk temuduga kerja sebagai Chargeman pada pagi hari Jumaat ni.

Aku  minta maaf sebab tak dapat pergi, aku ucapkan terima kasih sebab panggil aku untuk temuduga. Aku mohon pada 21/04/2010, maknanya selepas tiga bulan baru mereka panggil aku.

Selepas aku dapat tawaran kerja di Glomac, sebenarnya ada empat panggilan temuduga lain yang aku tak pergi.

Insya-Allah, petang hari Sabtu aku akan bertolak ke Kota Damansara.

Sabtu, Julai 24, 2010

2 Ogos 2010 aku mula kerja..

Lama aku tak masuk blog ni.

InsyaAllah, setelah banyak tempat pergi temuduga akhirnya pada 2 Ogos nanti aku akan mula bertugas di Glomac Property Services di Kelana Jaya, Selangor.

Selepas dapat tawaran kerja tu pada 2 Julai lalu, banyak panggilan temuduga terpaksa aku tolak antaranya Pahang Cement dan Sun Power.

InsyaAllah, kalau rezeki terus ada di sini, makanya aku kenalah berhijrah terus duduk di Negeri Selangor.