Ahad, Mei 22, 2011

Rahieza dah daftar masuk UiTM Arau

Pada 21/05/2011, dari jam 10:00 pagi hingga jam 02:30 petang, berada di UiTM Arau untuk hantar dan pendaftaran masuk Rahieza ke UiTM tu.

Dari UiTM terus singgah di Kg. Pulau Pa’Ubin, Kodiang, di rumah Kak Nor… pertama kali pergi ni. Sama macam di Arau, sekarang ni tengah musim orang tanam padi.

06:00 petang, bertolak balik ke Kota Damansara.

Isi minyak kereta di RSA Juru.

Rehat sekejap di RSA Sungai Perak, tempat selalu disinggah bila pergi dan balik dari utara.

11:45 malam sampai rumah di Kota Damansara.

* Banyak benda yang nak diceritakan dalam perjalanan ini.. malas nak tulis.

Jumaat, Mei 20, 2011

Dari Kota Damansara ke Arau

Hari ini aku dan keluarga ke Arau, Perlis nak hantar Rahieza daftar dan masuk UiTM Arau pada hari esok 21/05/2011.

Bergerak dari Kota Damansara jam 09:15 pagi.

RSA Rawang– berhenti untuk buang air.

RSA Sungai Perak – jam 11:20 pagi untuk berhenti rehat, minum air dan makan kuih pau.

Hentian Bukit Gantang – isi minyak kereta di Stesyen minyak Caltex..

Keluar di Tol Jitra Utara melalui jalan K104 dan tembus di persimpangan Jalan Jitra-Arau, melalui pekan Kodiang dan tiba di Hotel Sooguan Villa terletak di Jalan Umno, Kampong Bakong, Jejawi, Arau pada jam 02:15 petang.

Penat…..