Selasa, September 30, 2008

Ziarah..

Kali ni aku ber-Raya kat Kg.Parit Kuda.
Sebelum balik tu aku singgah kat rumah emak aku di Felda Ulu Tebrau. Emak duduk dengan keluarga adik aku Ita. Abang Di dan Cik Yah serta keluarga dah sampai untuk ber-Raya kat sini.
Dari rumah emak lebih-kurang jam 11:30 aku singgah dulu ziarah kubur bapak dan Israf. Lama dah tak tengok kubur mereka. Al-Fatiha.. Kawasan perkuburan kat sini bersih.. terima kasih banyak aku ucapkan kepada pihak yang menguruskan.



Lepas tu baru terus bergerak ke Batu Pahat.

Jumaat, September 26, 2008

Selamat Hari Raya

E-kad yang aku hantar semalam kepada kawan-kawan berserta ucapan.

ASSALAMMUALAIKUM,
SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT
MENERUSKAN IBADAT PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT
HARI RAYA AIDILFITRI YANG AKAN TIBA.
SAYA JUGA INGIN MEMOHON RIBUAN AMPUN DAN MAAF
SEKIRANYA TERDAPAT APA JUA KESALAHAN YANG ADA.
UNTUK MAKLUMAN HARI INI 25/09/2008,
MERUPAKAN HARI TERAKHIR SAYA BERKERJA DI TITAN.
SAMA-SAMA KITA BERDOA
SEMUGA HIDUP KITA SEMUA SENTIASA DIRAHMATI
DAN DIBERKATI ALLAH..AMIN.
WASSALAM.

Khamis, September 25, 2008

25092008 Hari terakhir aku di Titan

Hari ini merupakan hari terakhir aku di Titan.
Declare form dah isi, serah balik barang pun dah dibuat.. rasa tiada apa yang tinggal selain kenangan bekerja selama 13 tahun.

Jam 5:30 ptg, aku scan out buat kali terakhir. Jumpa Ain untuk pulang ID badge, kad klinik, pass Johor Port, kad gigi [tak pernah pakai pun] dan sticker kereta. Maka sah aku jadi out-sider.
Perasaan aku di hari terakhir ni biasa aje. Mungkin kalau tak kerana 'medicaly board-out", aku pun terpaksa berhenti juga dari Titan. Faham-fahan ajelah... keadaan aku, mana boleh buat hardwork lagi. Pengalaman, pengetahuan dan kemahiran nampaknya tak berharga di sini.

Malas nak komen, sekarang aku nak tumpukan pada proses permohonan "Pencen Ilat"dari PERKESO. Boleh dapat ke?

Ahad, September 21, 2008

Jumpa Dr.Mazwar

Hari ini aku jumpa Dr.Mazwar mungkin buat kali terakhir sebagai pekerja Titan.

Aku ada bincang mengenai pemberhentian kerja dan cadangan permohonan pencen ilat. Menurutnya dalam keadaan aku sekarang dan dalam umur yang masih jauh dari usia nak pencen ni.. mungkin susah nak dapat. Tapi disebabkan aku dah pun diberhentikan kerja atas alasan kesihatan, maka harapan untuk lulus tu agak besar la juga.

Menurut Dr.Mazwar, majikan di Malaysia ni tak seperti di Amerika, di sana majikan perlu mencari pekerjaan yang sesuai bagi pekerja-pekerja yang ditimpa kemalangan dan tidak mampu untuk membuat kerja asal. Di Amerika ada peruntukan undang-undang sedemikian, supaya majikan lebih bertanggung-jawab di atas kebajikan pekerja yang hilang upaya. Di Malaysia ni, PERKESO ajelah yang memikul beban tu.

Keadaan aku sekarang OK lah juga, nak baik macam dulu memang tak mungkin.. Insya-Allah aku akan pulih walaupun tak seratus peratus.

Jumaat, September 12, 2008

Sah, aku akan diberhentikan kerja.

Lebih kurang jam 2:30 ptg, Hj.Khairul berjumpa aku mengenai perkara ini. Aku di minta untuk berjumpa Mr.Hew untuk penerangan lanjut.

Mr.Hew telah menunjukkan dan menerangkan isi kandungan surat pemberhentian kerja yang telah dibuat. Ianya merangkumi sebab aku diberhentikan iaitu atas sebab kesihatan [surat doktor Titan disertakan]dan tidak berupaya untuk melakukan kerja sebagaimana dalam kontrak asal.

Aku juga akan diberikan saguhati dan diterangkan cara pengiraannya [boleh lah hidup tampa kerja untuk sepuluh bulan]. Aku juga dikatakan akan mendapat bayaran dari ING [tak tahu berapa dan bila dapat] dan surat sokongan untuk permohonan pencen ilat PERKESO [boleh dapat ke? Tak tahu la..].

Setelah surat ini ditanda-tangan oleh MD, maka aku akan mengucapkan SELAMAT TINGGAL untuk TITAN]

Sabtu, September 06, 2008

Dari Sanusi..nun kat Arab

Selain SMS, Wa Si ada hantar email berserta gambar kat aku. Aku nak tunjuk pun kat korang tak sedap pulak tampa izin dia. Tapi aku harap Wak Si tak marah kalau aku siarkan satu gambar ni. Wak Si tengah main pasir, sebab kat sana tu aje yang ada.. salji pun tak ada.

sukanya dia panjat bukit pasir..

Ni yang aku teruja nak pergi ni.. dia pu dah buat Umrah.. tak silap dah 2 kali. Insya-Allah kalau keadaan megizinkan aku pun nak ke sana, kalau tak kerana kerja pun, sebagai tetamu Allah pun jadilah.

Amacam kawan-kawan yang lain bila nak berhijarh ke Arab?

Jumaat, September 05, 2008

Hari ini aku MC lagi..


Hari ini aku pergi Poliklinik Puteri jumpa Dr Zul, sebab tak larat nak pergi kerja. Belakang badan aku rasa sakit sangat dan kaki kanan aku rasa lemah. Ini sebenarnya keadaan biasa yang aku alami bila duduk terlalu lama.


Semalam dan semalamnya, 3 dan 4 haribulan [puasa ke 3 dan 4] bila petang aje hujan, masa nak balik pukul 5 pulak tu. Tau ajelah kat Pasir Gudang ni bila hujan dah tentu semua jalan sesak.

Bayangkan balik pukul 5:30 ptg, aku sampai rumah pukul 7:00 mlm. Nasib baik tak kena berbuka dalam kereta macam kawan aku si Zamri tu yang duduk kat Kota Tinggi.


Di klinik Dr Zul beri satu suntikan "pain killer" untuk tahan sakit aje, nak telan pil tak boleh.. puasa beb. Dapat le MC untuk hari ni dan kenalah aku apply "No Pay Medical Leave", MC dah habis la untuk tahun ini..