Selasa, Disember 30, 2008

Maybank tak pernah minta nombor pin

Malayan Banking Bhd (Maybank) tidak pernah menghantar e-mel meminta pelanggannya yang melakukan transaksi perbankan online untuk mengemaskini maklumat peribadi dengan memasukkan pin nombor atau nombor keselamatan akaun.

Bagi menjamin keselamatan pelanggan supaya tidak menjadi mangsa penipuan sindiket tertentu Maybank juga menyediakan notis amaran kepada semua pengguna dalam laman webnya iaitu Maybank2u.com yang meminta pengguna mengabaikan sebarang emel untuk mengemaskini maklumat akaun yang diterima mereka.

* Semua perbakan online di Malaysia menyediakan notis amaran ini.

Naib Presiden yang juga Ketua Perbankan Maya Maybank, Ahmad Shareza Abdul Rahman, berkata, pengguna juga diingatkan supaya tidak membuka e-mel dan terus memasuki laman Maybank2u menerusi e-mel yang dihantar kerana sindiket tertentu dipercayai menggunakan taktik sedemikian bagi mencuri wang pelanggan.

* Dah bekali-kali diingatkan.

* Pengalaman aku, pernah menerima email yang kononnya dari Maybank, CIMB, AmBank dan RHB. Kelakarnya ada satu bank tu aku tak ada akaun pun.

“Maybank juga bekerjasama dengan agensi keselamatan siber nasional iaitu Cybersecurity dalam melihat perkembangan jenayah siber di negara ini.

“Laman web perbankan kami selamat, namun pengguna perlu berhati-hati dengan penipuan memandangkan ia adalah masalah industri yang boleh memberi kesan kepada sektor kewangan dan tidak terhad kepada Maybank,” katanya.

* Aku sendiri yakin ianya selamat kalau kita sentiasa berhati-hati dan mematuhi nasihat.

* Kalau ada apa-apa yang mencurigakan hubungi segera pihak bank terbabit.

Haji Sanusi..

23/12/2008 aku terima e-mail dari Sanusi, beliau akan pulang bercuti pada 27 hingga 31/12/2008.

29/12/2008 jam 4:37 ptg, aku terima panggilan dari Sanusi yang telah pun berada di Pasir Gudang.

Pada malamnya bersama isteri, aku pun turun ke Pasir Gudang untuk ziarah Sanusi di rumah nya . Lama dah aku tak ke sini iaitu sejak berhenti kerja dari Titan.

Tujuan dia balik ialah untuk mengambil anak-isterinya untuk dibawa berhijrah ke Kingdom of Saudi Arabia.

Lama tak jumpa maka banyaklah cerita, terutamanya tentang pengalaman beliau semasa di KSA, tentang kerja dan tentunya pengalaman beliau semasa menunaikan ibadat haji. Untunglah Sanusi, baru beberapa bulan di KSA dah dapat peluang mengerjakan haji. Tahniah Haji Sanusi.. aku? ntah, bila dapat jejak kaki di sana.

Masa aku ziarah tu, Elham dan Razak pun ada datang sama.

20081229 (0)*sempat bergambar dengan Sanusi..

Esok 31/12/2008, Sanusi balik semula ke  KSA bersama keluarga. Aku doakan mereka sekeluarga sentiasa selamt sejahtera di perantauan…. amin.

InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi..

Sabtu, Disember 27, 2008

Memperagakan nombor pendaftaran

Aku pasti semua pemilik kenderaan telah memperagakan nombor pendaftaran [plat] kenderaan mereka. Tapi adakah nombor pendaftaran anda itu mematuhi spesifikasi yang dibenarkan.

Di sini aku letak dua contoh nombor pendaftaran yang dibenarkan, lain-lain sila rujuk ke laman JPJ.

PLATE01(1)

PLATE04(1)

Anda boleh didenda tidak melebihi RM300 jika tidak mematuhinya megikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] Seksyen 14(4) .

Isnin, Disember 22, 2008

JLJ 625

22/12/2008 jam 10:55 am , ambil motosikal JLJ 625 [Honda Wave 100R [K] di kedai.



Harga RM4472.00 [termasuk insuran, cukai jalan dan pendaftaran]. Trade-in RXZ dapat RM3000.00, kena tambah RM1472.00.

Jemputan kahwin di Felda Bukit Rokan Utara

20/12/2008 ke Felda Bukit Rokan Utara, jemputan kahwin di rumah En. Mohd Khalid Basrom.


Kronologi:
21/12/2008 [5:30] - dari Ulu Tiram ke Parit Kuda [>123 kM]
20/12/2008 [7:45] - dari Parit Kuda ke Felda Bukit Rokan Utara [>150 kM]
20/12/2008 [15:30] - dari Felda Bukit Rokan Utara ke Parit Kuda [>150 kM]
21/12/2008 [3:30] - dari Parit Kuda ke Ulu Tiram [>123 kM]
Jarak perjalanan > 546 kM, penat...

Rabu, Disember 10, 2008

Air naik di Hari Raya Haji..

Lupa nak cerita... pagi raya tu kira-kira jam 4:00 pagi hujan telah turun dengan lebatnya. Walau pun agak reda selepas tu, tapi hujan masih turun berterusan.. Alhamdulillah tiada berlaku banjir besar..


Paras air jam 8:05 pagi..


Paras air 10:57 pagi..


Paras air 12:36 tengah-hari.. nasib baik ia bertahan setakat ni..


Ini paras air kat belakang rumah jam 1:04 petang..

Ini kat kampong pak mertua aku Pt. Kuda, tempat lain di sekitar Batu Pahat tak tahu pula. Biasanya kalau hujan lebat di depan BP Mall tu nai air, aku dah terkena masa datang ke sini pada 7/12 petang Khamis lepas.

Kancil ku jadi tempat "transit" lagi

Beberapa hari tiada di rumah, Kancil yang ditinggalkan "berseoranagan" di rumah sekali lagi jadi tempat transit untuk tikus mencari dan memakan makanannya.

Makanya kenalah aku bersihkan..

Sang Tikus juga menggigit tiub air wiper spray.. tah apa-apa la tikus ni..


Lihat...

"korban"

Tahun ni buat "korban" kat kampong. Seekor lembu untuk 7 orang. Pembelian, urusan sembelih, melapah dan pembahagian diuruskan oleh Abg Zul.


Inilah wajah sang lembu sebelum di"korban"kan..
Malamnya diadakan majlis kenduri..
Terima kasih kepada semua yang terlibat, khasnya emak, abah dan abg zul..

Ahad, Disember 07, 2008

Ke Pasar Pt. Jawa

Esok Hari Raya Aidiladha.. Raya Haji le.. Kita orang ke Pasar Parit Jawa untuk beli barang masak untuk esok..

Pilih tempe untuk buat sambal goreng..

Jumaat, Disember 05, 2008

Hantar Erol ke MRSMTG Jasin

4/12, petang, balik kampong Pt. Kuda. Esoknya 5/12, pagi hantar Erol ke MRSM Tun Ghafar di Jasin. Ada temuduga SPC jam 10:30 pagi.


Tempat temuduga.

Selasa, November 25, 2008

Kancil ku jadi tempat transit..

Aku nank cerita sikit pasal Kancil aku ni. Setelah lebih kurang seminggu tak jalan dan aku pun tak tengok, maka nya pada pagi tu [16/11/2008] aku nak start la enjin Kancil . Tak hidup pulak, keluar alarm sebab bateri nya weak.

Bila aku buka bonet depan, ternampak lah aku tahi tikus. Sampai hati tikus ni jadikan Kancil aku tempat transit dia cari makan waktu malam.

Tengok apa yang ada...

Terpaksalah aku cuci Kancil ni dengan sebersih-bersihnya.. siap letak minyak WD40 supaya tikus tak datang lagi. Masa ni tiap malam aku letak perangkap tikus kat bawah Kancil aku tu, buat masa ni tak kena pun. Tengok gaya tikus pun dah tak datang lagi.

Hari tu Kancil aku di hidupkan dengan bantuan hayat.. Untuk elak jadi weak bateri nya, tiap hari aku start walaupun tak jalan. Sayaaaang kat Kancil aku.

Di hidupkan dengan bantuan hayat..
Iktibar: Manusia pun macam ni juga, kalau lama tak berjalan, asyik tidur aje badan akan jadi letih. Macam-macam penyakit datang.. jadi kita kena sentiasa cergas dan aktif barulah badan tak jadi weak macam Kancil aku tu. Aku ni nasihat aje.. aku pun sama dengan..

Rabu, November 19, 2008

Pesanan dari Irfan Khairi

Email ni aku terima dari Irfan Khairi.. bacalah..

Salam Aim,

Baru-baru ini tersebar di Internet melalui email adalah email-emailyang menggunakan nama saya sebagai "penghantar" (sender) yangmempromosikan program reseller ala-ala mencari downline.

Ingin saya ambil peluang ini untuk menegaskan bahawa, saya tidakterlibat dalam mana-mana aktiviti "skim cepat kaya" reseller/mencari downline yang disarankan dalam email tersebut dan perbuatanmenggunakan nama saya adalah satu kesalahan undang-undang siber.

Kini, siasatan telah dijalankan dan pesalah akan diambil tindakanberat. Sebelum ini juga, sememangnya ada pihak-pihak yang tidakbertanggungjawab menggunakan nama saya untuk aktiviti-aktiviticepat kaya mereka, dan tindakan juga telah di bawa ke mahkamah.Sila lihat http://www.rahsiainternet.com/penting.htm

Segala program/produk keusahawanan/perniagaan Internet oleh sayahanya boleh didapati di http://www.rahsiainternet.com/

Moga anda dijauhkan dari menjadi mangsa perbuatan tipu di Internetdi mana rakyat Malaysia adalah antara tertinggi yang sering tertipudengan program-program skim cepat kaya di Internet.

Ikhlas,

-Irfan Khairi

ps: Bersama ini juga saya sertakan artikel mengenai bagaimana untukmengetahui sesuatu program di Internet itu adalah benar ataupuntidak. Mudahan, dengan ilmu ini, akan mengurangkan lagi kes-kespenipuan di Internet berlaku.

==========================================
Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)==========================================
Oleh: Irfan Khairi

Aim, dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya... tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita...

Contoh:
* meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)
* membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)
* tertipu dengan program-program Inetrnet atau dikenali sebagai SCAM

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supayakita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan). Formulaini berbunyi: NO SCAM!
N-O S-C-A-M

N bermaksud: NAME.
Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaantersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang sukamenyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui namasebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikansesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O bermaksud: OVER PROMISE. OVER PROMISE.
Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yangdiberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebihdan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayanbukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk(melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsadnegan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE

S bermaksud: SEARCH.
Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internetbersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakankekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlumembuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masukhttp://www.google.com/ dan lakukan research dengan cara type namapemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau typenama program atau sistem yang digunakan.
Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akanmengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuashati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya,ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidakmelakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.
Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atauperniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM sukamenyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat,nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apakata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudanCONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahayasekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya takterjerat!

A bermaksud: ASK.
Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakarindustri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatuprogram tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM.Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentangsesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islamjuga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu.Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanyadan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!
Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkahN-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat denganpelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM,sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati".Tetapi, sebabkan perasaan "ingin tahu" dan juga "cepat kaya"memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manisSCAM.

Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugiWANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalammemperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, andaakan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaandan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akankurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok?:)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kitaikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat denganSCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.

Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah daripembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cubajawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelumterkena SCAM tersebut?

* N - NAME
* O - OVER PROMISE
* S - SEARCH
* C - CONTACT
* A - ASK
* M - MAKE SURE!

Maklumat tambahan:
Bagi anda yang mempunyai blog, kecil tapak tangan, nyiru sayatadahkan sekiranya anda boleh masukkan artikel ini ke blog anda danlinkkan ke http://www.irfankhairi.com/. Ini kerana, dengan ilmusedikit extra formula N-O S-C-A-M ini, maka kita dapat kurangkanrakan-rakan kita yang lain dari terkena SCAM. Mudahan kita jugaberhati-hati di masa yang akan datang!

Untuk maklumat lanjut perniagaan Internet, lawatihttp://www.rahsiainternet.com/

Sabtu, November 15, 2008

Aku balik kampong..

Selepas ziarah Erol kat MRSM Pontian aku terus balik ke Kg. Pt. Kuda, Semerah, Batu Pahat.

Selain menziarah kedua orang tua, ada dua perkara lagi yang memerlukan aku balik kampong.
Pertama, bincang pasal nak buat korban pada hari raya haji dengan Wak Zul. Perkara ni kira selesai dah.
Kedua, aku nak pergi ke ADTEC Batu Pahat pasal bengkel NADOPOD yang di katakan pada 11/11/2008 seperti di dalam email tu. Malangnya bila aku ke sana, tiada apa-apa pun dan pihak ADTEC sendiri pun tak tahu.

Gambar sebelum balik..

Ahad, November 09, 2008

MRSM Pontian..

Ziarah Erol sebelum SPM bermula..



Makan tengah-hari di wakaf..

Rumah Ngah..

08/11/2008. Pergi rumag Ngah di Taman Perling, ziarah Im sakit..

Gambar: emak, kak ngah, long, izah [wife aku]

Jumaat, Oktober 31, 2008

Bakar sate ngan harimau..

Masa bakar sate ada harimau duduk kat depan..




Masa nak makan dia hilang pulak..

Sabtu, Oktober 25, 2008

Hari Graduasi MRSM Pontian 2008

Hari ni aku dan isteri menghadiri hari graduasi anak aku Erol di MRSM Pontian. Majlis bermula 8:30 pagi dan berakhir kira-kira jam 12:30 tgh-hari.



Isnin, Oktober 20, 2008

Aku beli kamera baru..

Pagi tadi aku pergi ke Carrefour Pandan, tujuannya nak beli kamera digital la.
Setelah dua.. tiga hari buat survey kat internet, akhirnya aku memilih Canon PowerShot A470 untuk dibeli. Walaupun bentuknya besar, tebalnya 40mm.. tetapi kelebihannya banyak setelah dibandingkan dengan jenis lain yang sewaktu dengannya. Lagi pun ianya cuma pakai bateri biasa AA, tu yang aku perlukan tu.. habis kuasa buang je.

Lihat gambar di bawah yang aku ambil ni, gambar waktu malam dalam rumah, tampa edit..
Boleh la untuk layan diri masa tak kerja ni..

Isnin, Oktober 13, 2008

Marhaban.

Hari ini juga bermulanya majlis marhaban dari rumah ke rumah di Jalan Mawar. Jalan Mawar 6 menjadi pembukaannya, esok tempat aku pula.

En.Husin sedang berucap..rumah pertama..pembukaan

Ini kat rumah kedua.. YB Mustajab.

Semuga ikatan siratulrahim antara penduduk Islam di sini terus berkekalan.

Hari ini bermula PMR

Hari ini bermulanya peperiksaan PMR di seluruh Malaysia.

Tak banyak cerita tentang peperiksaan ni kat surat khabar atau TV. Media sekarang sibuk dengan cerita ekonomi dunia dan politik.
Di Malaysia politik terhangat ialah pemilihan parti Gerakan, MCA dan paling utama UMNO.

Anak aku Rahieza adalah salah seorang calon yang mengambil peperiksaan PMR di Sekolah Menengah Ulu Tiram.

Semuga berjaya...Amin.

Terima kasih datang..

Semalam Wak Hisyam dan Wak Elham datang beraya kat rumah aku dengan famili.

Terima kasih banyak sebab datang menziarahi aku kat Tiram ni. Maaf sebab aku tak dapat sediakan apa-apa selain kuih raya yang sedia ada.

Sejak duduk rumah ni agak boring juga, jadi bila ada kawan-kawan datang macam ni rasa seronok juga. Selalu tu berkomunikasi ngan email, telepon dan SMS aje.

Terima kasih, geng..

Jumaat, Oktober 10, 2008

Anas datang beraya..

Pagi tu Along telepon, beritahu nak datang ke rumah.

Balik dari sembahyang jumaat, mereka dah sampai pun. Anas ngan Adam ada kat pintu dapur masa aku balik tu. Rindu betul kat anak aku ni.

Suka betul aku tengok dia ni, cakap pun dah pandai betul dah. Nak tinggal kat sini, tapi Rahieza ada PMR pula.. tak jadi tinggal.

Selasa, Oktober 07, 2008

Urusan aku hari ini..

Pagi ni pergi pejabat PERKESO di Menara Ansar tingkat 12 untuk ambil borang permohonan Pencen Ilat dan perkara-perkara berkaitan dengannya.

Singgah sekejap dalam 45 minit di pejabat ST di tingkat 18, jumpa Md Nor dan Kak Liza. Saja jumpa sempena hari raya dan lama dah tak jumpa.

Tengah-hari pergi ke Hospital Pakar Puteri, hantar borang "medical report" untuk diisi oleh Dr Mazwar. Penting untuk mohon Pencen Ilat dari PERKESO. Bayaran untuk laporan perubatan ni pun dah naik, dulu RM60.00, lepas tu jadi RM75.00 dan sekarang RM80.00. Biasa la bila minyak naik semua ikut naik, tapi bila minyak turun, tak ikut turun pula.

Tak jadi nak singgah CIDB, sebab dah lepas waktu zohor dah..

Ahad, Oktober 05, 2008

Hantar Erol.

12:30 tgh, aku dengan Izah hantar Erol balik ke MRSM Pontian.
Sepanjang perjalanan, hujan lebat di beberapa tempat.
Baliknya singgah kat rumah Cik Jawahir di Felda Bukit Batu. Dekat sejam juga kat sini, bila hujan dah mula nak turun, minta diri untuk balik.
Tiba di Sedenak jalan jam pulak, ada eksiden berdekatan RnR Kulai.
Paling aku geram dalam keadaan macam ni ramai pula yang gunakan lorong kecemasan. Highway tu dah jadi tiga lorong, kalau ada penguatkuasa tentu banyak saman dikeluarkan.

Sabtu, Oktober 04, 2008

Ajar Erol pandu kereta

Tiada apa-apa aktiviti selain komputer.
Petang, ajar Erol pandu kereta sekitar Taman Bukit Tiram.

Aku raya kat sini

Semalam aku berhari raya kat Felda Ulu Tebrau, raya kat rumah emak. Jumpa Long, Uda [dan keluarga] dan Cik Yah [dan keluarga] di sana.

Tengah-hari pergi sembahyang Jumaat naik motor dengan Isma, masa ni masjid penuh kalau bawa kereta tak ada tempat nak parking.

Petang tu hujan lebat, tak dapat nak beraya kat rumah jiran mak aku.

Malamnya Emak, Long, Ngah, Abg Arom, Cik Yah dan Ita datang ke rumah aku. Bagus juga mereka datang, sebab aku pun tak tahu bila nak datang ke rumah mereka. Anak-anak aku nak exam PMR dan SPM, tak ada masa nak jalan. Aku pulak sakit belakang tak larat nak jalan renyah sangat. Insya-Allah ada kelapangan nanti aku datang le.

Rabu, Oktober 01, 2008

Gambar Raya Aku

Tahun ni ber-Hari Raya di Pt.Kuda. Ini aje gambar yang ada di hari raya pertama semasa konvoi ziarah.

Tak tau le, apasal semua orang dah malas nak bergambar.

Selasa, September 30, 2008

Ziarah..

Kali ni aku ber-Raya kat Kg.Parit Kuda.
Sebelum balik tu aku singgah kat rumah emak aku di Felda Ulu Tebrau. Emak duduk dengan keluarga adik aku Ita. Abang Di dan Cik Yah serta keluarga dah sampai untuk ber-Raya kat sini.
Dari rumah emak lebih-kurang jam 11:30 aku singgah dulu ziarah kubur bapak dan Israf. Lama dah tak tengok kubur mereka. Al-Fatiha.. Kawasan perkuburan kat sini bersih.. terima kasih banyak aku ucapkan kepada pihak yang menguruskan.



Lepas tu baru terus bergerak ke Batu Pahat.

Jumaat, September 26, 2008

Selamat Hari Raya

E-kad yang aku hantar semalam kepada kawan-kawan berserta ucapan.

ASSALAMMUALAIKUM,
SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT
MENERUSKAN IBADAT PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT
HARI RAYA AIDILFITRI YANG AKAN TIBA.
SAYA JUGA INGIN MEMOHON RIBUAN AMPUN DAN MAAF
SEKIRANYA TERDAPAT APA JUA KESALAHAN YANG ADA.
UNTUK MAKLUMAN HARI INI 25/09/2008,
MERUPAKAN HARI TERAKHIR SAYA BERKERJA DI TITAN.
SAMA-SAMA KITA BERDOA
SEMUGA HIDUP KITA SEMUA SENTIASA DIRAHMATI
DAN DIBERKATI ALLAH..AMIN.
WASSALAM.

Khamis, September 25, 2008

25092008 Hari terakhir aku di Titan

Hari ini merupakan hari terakhir aku di Titan.
Declare form dah isi, serah balik barang pun dah dibuat.. rasa tiada apa yang tinggal selain kenangan bekerja selama 13 tahun.

Jam 5:30 ptg, aku scan out buat kali terakhir. Jumpa Ain untuk pulang ID badge, kad klinik, pass Johor Port, kad gigi [tak pernah pakai pun] dan sticker kereta. Maka sah aku jadi out-sider.
Perasaan aku di hari terakhir ni biasa aje. Mungkin kalau tak kerana 'medicaly board-out", aku pun terpaksa berhenti juga dari Titan. Faham-fahan ajelah... keadaan aku, mana boleh buat hardwork lagi. Pengalaman, pengetahuan dan kemahiran nampaknya tak berharga di sini.

Malas nak komen, sekarang aku nak tumpukan pada proses permohonan "Pencen Ilat"dari PERKESO. Boleh dapat ke?

Ahad, September 21, 2008

Jumpa Dr.Mazwar

Hari ini aku jumpa Dr.Mazwar mungkin buat kali terakhir sebagai pekerja Titan.

Aku ada bincang mengenai pemberhentian kerja dan cadangan permohonan pencen ilat. Menurutnya dalam keadaan aku sekarang dan dalam umur yang masih jauh dari usia nak pencen ni.. mungkin susah nak dapat. Tapi disebabkan aku dah pun diberhentikan kerja atas alasan kesihatan, maka harapan untuk lulus tu agak besar la juga.

Menurut Dr.Mazwar, majikan di Malaysia ni tak seperti di Amerika, di sana majikan perlu mencari pekerjaan yang sesuai bagi pekerja-pekerja yang ditimpa kemalangan dan tidak mampu untuk membuat kerja asal. Di Amerika ada peruntukan undang-undang sedemikian, supaya majikan lebih bertanggung-jawab di atas kebajikan pekerja yang hilang upaya. Di Malaysia ni, PERKESO ajelah yang memikul beban tu.

Keadaan aku sekarang OK lah juga, nak baik macam dulu memang tak mungkin.. Insya-Allah aku akan pulih walaupun tak seratus peratus.

Jumaat, September 12, 2008

Sah, aku akan diberhentikan kerja.

Lebih kurang jam 2:30 ptg, Hj.Khairul berjumpa aku mengenai perkara ini. Aku di minta untuk berjumpa Mr.Hew untuk penerangan lanjut.

Mr.Hew telah menunjukkan dan menerangkan isi kandungan surat pemberhentian kerja yang telah dibuat. Ianya merangkumi sebab aku diberhentikan iaitu atas sebab kesihatan [surat doktor Titan disertakan]dan tidak berupaya untuk melakukan kerja sebagaimana dalam kontrak asal.

Aku juga akan diberikan saguhati dan diterangkan cara pengiraannya [boleh lah hidup tampa kerja untuk sepuluh bulan]. Aku juga dikatakan akan mendapat bayaran dari ING [tak tahu berapa dan bila dapat] dan surat sokongan untuk permohonan pencen ilat PERKESO [boleh dapat ke? Tak tahu la..].

Setelah surat ini ditanda-tangan oleh MD, maka aku akan mengucapkan SELAMAT TINGGAL untuk TITAN]

Sabtu, September 06, 2008

Dari Sanusi..nun kat Arab

Selain SMS, Wa Si ada hantar email berserta gambar kat aku. Aku nak tunjuk pun kat korang tak sedap pulak tampa izin dia. Tapi aku harap Wak Si tak marah kalau aku siarkan satu gambar ni. Wak Si tengah main pasir, sebab kat sana tu aje yang ada.. salji pun tak ada.

sukanya dia panjat bukit pasir..

Ni yang aku teruja nak pergi ni.. dia pu dah buat Umrah.. tak silap dah 2 kali. Insya-Allah kalau keadaan megizinkan aku pun nak ke sana, kalau tak kerana kerja pun, sebagai tetamu Allah pun jadilah.

Amacam kawan-kawan yang lain bila nak berhijarh ke Arab?

Jumaat, September 05, 2008

Hari ini aku MC lagi..


Hari ini aku pergi Poliklinik Puteri jumpa Dr Zul, sebab tak larat nak pergi kerja. Belakang badan aku rasa sakit sangat dan kaki kanan aku rasa lemah. Ini sebenarnya keadaan biasa yang aku alami bila duduk terlalu lama.


Semalam dan semalamnya, 3 dan 4 haribulan [puasa ke 3 dan 4] bila petang aje hujan, masa nak balik pukul 5 pulak tu. Tau ajelah kat Pasir Gudang ni bila hujan dah tentu semua jalan sesak.

Bayangkan balik pukul 5:30 ptg, aku sampai rumah pukul 7:00 mlm. Nasib baik tak kena berbuka dalam kereta macam kawan aku si Zamri tu yang duduk kat Kota Tinggi.


Di klinik Dr Zul beri satu suntikan "pain killer" untuk tahan sakit aje, nak telan pil tak boleh.. puasa beb. Dapat le MC untuk hari ni dan kenalah aku apply "No Pay Medical Leave", MC dah habis la untuk tahun ini..

Ahad, Ogos 31, 2008

"Selamat Hari Merdeka 51 Dan Selamat Berpuasa"

Hari ini 31hb. Ogos 2008 adalah Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 51. Kepada semua rakyat Malaysia aku ucapkan "Selamat Merdeka Untuk Selamanya".

Esok pula umat Islam di Malaysia akan memulakan Hari pertama berpuasa di bulan Ramadhan. Kepada semua umat Islam di dunia, aku ucapkan "Selamat Berpuasa". Jangan puasa Yang-Yok pulak.

Isnin, Ogos 18, 2008

Majlis Perkahwinan Lie

Menghadiri majlis perkahwinan Rosli @ Kamarul anak lelaki kepada En Abu Bakar dan Pn Lasimah bertempat di Perumahan Jalan Nibong 48.


Lie dan isteri sedang bersanding..

Lie ni anak saudara isteri aku, anak kepada kakak ipar aku.. bapak dia pulak biras aku. Bapak dia dengan aku punya bapa dan mak mertua yang sama iaitu En Kasman [Tok Man] dan Pn Kasminah [Tok Kas].

Eh siapa lak ni? Ini En Rashid kita..kesian penat tengok orang rewang.

Rabu, Ogos 13, 2008

Aku buat fisioterapi di Hospital Penawar

12/06/2008, maka bermulalah aku menjalani sesi fisioterapi seperti yang disarankan oleh Dr Mazwar. Aku buat di Hospital Penawar sebab dekat dengan tempat kerja. Aku buat tiga kali dalam seminggu dan tak tahu bila sesi ni nak berakhir.







Tiap pagi selepas sembahyang subuh, jika tiada apa-apa halangan [kalau tak malas atau lain-lain] aku akan berjalan keliling taman perumahan. Ini pun atas saranan Dr Mazwar juga untuk memulihkan sakit belakang aku ni.


Nampaknya setelah melakukan, adalah perubahan yang agak ketara.. aku dah boleh buat rukuk dalam sembahyang walaupun ada sakit sikit masa bangun. Mudah-mudahan aku akan sembuh.. insyaAllah..amin.

Khamis, Ogos 07, 2008

Perbincangan mengenai masa depan aku di Titan

Jam 2:30 ptg, diadakan perbincangan 6 mata ,antara aku dan Mr.Hew [HR Manager] serta Hj. Khairul [Maintenance Manager]mengenai masa depan aku di Titan.

Untuk pengetahuan, aku sekarang kerja “light duty” seperti yang disarankan oleh doktor semenjak pembedahan pertama tulang belakang L4/L5 pada 02/10/2005 dan pembedahan kedua pada 19/11/2007 iaitu selepas kemalangan pada 30/08/2005 di tempat kerja. Aku sudah bekerja selama lebih 13 tahun dan ada 18 tahun lagi untuk menamatkan perkhidmatan.

Di dalam perbincangan ini permintaan aku untuk bertukar tempat kerja ditolak, sebalik aku dicadangkan untuk memohon pencen ilat dari PERKESO. Pihak Titan juga telah bercadang untuk memberhentikan aku kerja atas sebab kesihatan.

Aku tak boleh nak kata apa, hanya tunggu apa jadi seterusnya.

Jumaat, Jun 06, 2008

Ibu segala kenaikan..

Apabila harga petrol dan disel naik, bermakna selepas itu semua harga barangan keperluan dan perkhidmatan akan naik.. Tu sebab aku kata ianya "Ibu segala kenaikan".

Lepas ni pulak tarif elektrik pula akan naik. Bila tarif elektrik naik, tak mustahil lepas ni tarif air juga akan naik.

Apalah nasib lepas ni, harga barang keperluan naik, bil api naik dan bil air mungkin naik.

Cakap suruh berjimat memang senang.. Kalau gaji dah kecil, duduk pula kat bandar.. apa yang nak dijimatkan. Macam aku ni cuti sakit tampa gaji, lagi la haru.

Aku tak nampak apa istimewanya aku jadi ahli UMNO dan sokong kerajaan pada masa ni...

Khamis, Jun 05, 2008

Cuti lagi..

Aku baru saja naik kerja pada 02/06/2008, setelah pergi balik kerja selama 3 hari sakit belakang aku datang balik. Jadi hari ini 05/06/2008 aku jumpa Dr Mazwar di PSH untuk pemeriksaan.

Aku diberi rawatan, diberi ubat dan diberi cuti selama 2 minggu. Aku juga di galakkan bersenam dan buat fisioterapi.

Makanya tak kerjalah lagi aku selama 2 minggu ni. Cuti tak bergaji lagi di dalam keadaan minyak yang semakin mahal RM2.70 seliter.. Kasihan aku.. "bukit kat belakang rumah pun dah nak rata".

Isnin, Mei 26, 2008

Jalan-jalan ke Jusco Tebrau..

25/05/2008 bawa anas jalan-jalan ke Jusco Tebrau..


Pusing-pusing.. makan di Chicken Rice Shop.. beli donut di Donkin Donut.. dan balik..

Selasa, Mei 20, 2008

Anas..

Anas

Adam dan Anas


Dah lebih seminggu Anas di sini.. Rasa nak jaga terus lah pulak.. Tapi kasihan pulak kat abang dia, Adam. Tak ada kawan la pulak..

Rabu, April 23, 2008

Aku sambung cuti..

Hari ini sepatutnya aku dah naik kerja semula. Tetapi pada 20/04, hari Ahad lalu, selepas buat x-ray dan pemeriksaan ulangan, Dr Mazwar telah mencadangkan agar aku tunggu sebulan lagi.

Makanya dia sambung cuti aku sampai 18/05 , dan duduklah aku kat rumah tampa gaji.. kesian aku.

Ahad, Mac 30, 2008

Kematian..

Pagi ni ziarah jiran aku yang meninggal dunia malam semalam. Petang sebelumnya aku dan isteri menziarah arwah semasa sedang sakit di hospital. Beliau menghidap sakit tua dah agak lama.

Hidup ni memang tak kekal, kita ni entah bila agaknya..
Tengah hari aku melawat anak aku kat MRSM Pontian. Mungkin banyak sangat duduk, pinggang aku rasa sakit.. Tak larat nak pergi menghadiri majlis tahlil untuk arwah..

Belangkas..

Pada 21/03/2008 yang lepas aku balik kampung di Parit Kuda, Semerah, Batu Pahat. Dah lama tak balik walaupun aku masih bercuti sakit. Sebabnya aku tak larat nak duduk dalam kereta lama-lama.

Lama dah tak jumpa abah dan emak mertua..

Aku pun dah lama tak nampak belangkas dan makan telur belangkas. Masa balik hari tu dapatlah makan telur belangkas. Pandangan dari atas belangkas ni rupanya macan terminator.

Khamis, Mac 20, 2008

Sam kena 'flashover"...

Berita mengejutkan aku baru-baru ni ialah mengenai kemalangan [flashover] yang menimpa arwah Samsudin. Arwah dikenali sebagai seorang yang berpengetahuan dan sangat berpengalaman di bidang pekerjaan berkaitan elektrik. Sesiapa pun mulanya pasti tak percaya kemalangan serius ini berlaku keatas arwah, tapi takdir penentu segalanya..

Kronologi berita kemalangan dan pengakhiran..

17/03/2008 12.51 terima panggilan dari Samsul JPB. Tanya mengenai berlakunya flashover membabitkan staf Electest di Titan.

17/03/2008 12.56 cuba telepon Sam mengenai perkara ni, tapi tiada jawaban. [Masa ni aku tak tahu lagi bahawa Sam yang kemalangan]

17/03/2008 12.59 cuba telepon TPC Electrical..tak ada orang jawab panggilan.

17/03/2008 13.46 hantar SMS kat Jamal, cuba tanya dia pulak..

17/03/2008 19.16 Jamal jawab SMS aku [lambat jawab sebab kerja di Titan tak boleh bawa h/phone]. Dia pun tak tahu juga..

17/03/2008 15.56 tanya Elham melalui email.

17/03/2008 19.12 Elham balas email, dia pun tak tahu.

17/03/2008 21.50 SMS Zamri... dia pun tak tahu. Sah kemalangan ni tak berlaku di Titan seperti yang diberitakan walaupun masa tu ada team Electest yang buat kerja dalam Titan. Setakat ni banyak cerita timbul..ada yang kata Sam kemalangan bukan kena flashover tapi kemalangan jalanraya semasa nak ke Titan.

18/03/2008 09.00 Zamri telepon dari Titan, Samsudin yang kena flashover, disahkan oleh Reza yang dah pergi melawat semalam. Keadaannya dikatakan agak kritikal.

18/03/2008 16.09 gerak ke HSI melawat Samsudin di WAD 6A/12.Memang kritikal keadaannya masa tu. Aku rasa hampir 90% anggota badan yang kena, hanya bahagian mata ke atas dan bahagian kasut saja yang tak kena. Sedih bila tengok keadaan Sam masa tu.. Betapa bahayanya kerja elektrik.

18/03/2008 23.14 telepon Jamal [selepas dapat mesej misscall], dia beritahu Samsudin dah
meninggal dunia sekitar jam 22.00 malam.

18/03/2008 23.18 Jamal telepon, jenazah akan dibawa balik ke Pasir Gudang malam tu juga, esoknya baru dibawa ke Benut.

19/03/2008 07.27 Hisham ajak melawat kat Tmn Mawar P Gudang. Aku memang nak pergi..tunggu wife aku siapkan kerja sikit.

19/03/2008 08.09 Aku dah nak keluar rumah bila terima SMS dari Hisham beritahu jenazah dah dibawa ke Benut.Alhamdulillah, nasib baik semalam aku dapat melawat Sam buat kali
terakhir..kalau tak nyesal juga.

19/03/2008 08.15 Confirm jenazah dah dibawa pada jam 07.30 pagi.

19/03/2008 09.58 Jamal beritahu team Electest hantar wakil aje ke Benut sebab kena kerja.

Takpalah kerja mesti dibuat, hidup mesti diteruskan.. Kepada kawan-kawan yang masih bekerja termasuk diri aku, kerjalah dengan berhati-hati dan utamakan keselamatan diri.Untuk arwah Samsudin, semuga rohnya sentiasa di cucuri rahmat Allah..Amin....

Isnin, Mac 17, 2008

Aktiviti aku masa cuti ni..

Hari ini 17/03/2008, budak dah naik sekolah. Hari ini juga aku sepatutnya dah naik kerja semula, tapi apakan daya doktor sambung lagi cuti aku sebab masih tak kuat.

Semalam hantar anak lelaki aku balik ke asrama MRSM Pontian. Sakit juga belakang aku naik kereta pergi balik hampir dua jam. Tambahan pulak jalan Bukit Batu-Parit Panjang ke Ayer Baloi teruk sangat. Sesiapa yang dah lalu pasti tahu keadaannya.

Ada kawan tanya, tak boring ke duduk kat rumah lama-lama? Nak buat macam mana dah sakit. Aktiviti harian aku di rumah ialah masa sekolah ni pagi aku hantar ank aku pergi sekolah, tengah-hari ambil untuk balik. Kat rumah kalau tak ada apa-apa nak buat aku tengok TV, tapi selalunya aku lebih banyak duduk depan komputer. Lepas makan kenalah tolong basuh pinggan.. sebab aku tak pandai nak tolong masak.


Hari ni lepas hantar anak pergi sekolah aku ON komputer dan akses internet, bacalah apa yang patut kat dalam internet. Lepas tu aku cuci kereta yang semalam kena hujan dan berlumpur. Siap cuci kereta aku tolong vakum rumah.. lepas tu [two]..three..



[bukan saja luar, bahagian enjin pun aku cuci..]

[bersih selepas aku vakum..]

Rabu, Mac 12, 2008

Aku sambung cuti lagi..

Semalam 11/03 doktor sambung "hospitalization leave" aku dari 17/03 hingga 22/04, tambah sebulan lebih lagi aku duduk berehat kat rumah. Agak lama dah aku duduk kat rumah ni, tapi apa boleh buat kalau dah memang aku ni masih tak kuat untuk bekerja semula.

Inilah gambar x-ray terbaru tulang belakang aku. Penyokong yang dipasang dalam keadaan baik, cuma tulang yang diletak kat tengah tu agaknya masih tak OK.

Sabtu, Mac 08, 2008

Skim Simpanan Pendidikan Nasional

Dah buka akaun SSPN untuk anak anda? Kalau belum cepat buka sebab hanya pelajar yang ada akaun SSPN layak membuat pinjaman di PTPN. Faedah pun banyak bila buka akaun simpanan ni. SSPN ada insuran untuk penyimpan, tapi kena simpan sekurang-kurangnya RM3000. Kalau belum buat, cepat pergi buat.

Aku nak cerita sikit pasal nak buka SSPN ni. Sebelum pergi nak buka akaun adalah lebih baik anda menghubungi pihak SSPN atau ajennya bagaimana cara nak buka akaun. Ini kerana maklumat yang ada di laman wab SSPN tu aku rasa tak berapa lengkap. Sebab kurang maklumat aku terpaksa berurusan dengan ajen SSPN ni sebanyak 3 kali.

Kalau anda perhatikan di dalam borang hanya dokumen sokongan yang diperlukan ialah salinan kad pengenalan pendeposit, salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran penerima manfaat dan slip gaji atau sebagainya untuk pengesahan pendapatan itu pun kalau berhasrat nak dapat geran sepadan. Jumlah deposit minimun pula untuk pembukaan diberitahu hanya RM20.00 sahaja.

Apa yang sebenarnya yang diperlukan semasa nak buka akaun ialah kita mesti bawa dokumen asal bagi setiap salinan yang diminta untuk pengesahan. Kad pengenalan pendeposit,isteri, penerima manfaat,penama,dokumen asal pengesahan pendapatan [walaupaun tak layak dapat geran sepadan]mesti dibawa. Deposit untuk pembukaan aialh mengikut umur anak. Anak aku berumur 17 adan 15 tahun, setiap seorang dikenakan RM100.00, tak tahu macam mana mereka kira.

CIMB Johor Jaya adalah antara ejen SSPN yang memberi khidmat yang memuaskan. Borang yang dimuat turun dari laman web pun boleh digunakan dan diterima di sini. Aku ada pergi bank [ejen SSPN juga] lain sebelum tu tapi tak dapat buat sebab borang habis dan borang muat turun tak boleh digunakan.

Rabu, Mac 05, 2008

Aduh! Sakitnya belakang aku..

Hari ni entah apa silapnya, tiba-tiba belakang aku terasa sakit sangat. Tak tahan rasanya. Minta tolong wife aku tampal koyok yang memang banyak dari stok simpanan. Sengaja aku tak makan "pain killer" bila rasa sakit, sebab biasanya bila hilang sakit aku akn jadi renyah.

Dah lama aku tak pergi kerja, takut pulak nanti bila pergi hospital doktor masih tak benarkan aku pergi kerja. Aku harap sangat sakit aku cepat baik, walau pun aku tahu sakit tulang belakang seperti ni memang tak boleh pulih seperti asal pun. Sekurang -kurang membolehkan aku pergi kerja pun dah cukup baik, maklumlah bila lebih 60 hari cuti, gaji pun tak ada le.

Isnin, Mac 03, 2008

Rindu kat anas..

Lama dah tak jumpa Anas, iaitu sejak di bawa pindah ke Perak. Hanya dengar suara aje melalui telepon.

Lihatlah gambarnya.. seperti melihat masa depan. Meriahnya kalau Anas ada kat sini. Semuga Anas membesar menjadi anak yang baik. Ayah, Emak, Along dan Angah sayang kat Anas..

Ahad, Mac 02, 2008

Nak undi siapa?

Pada 08 Mac 2008 ni, insyaAllah aku akan pergi mengundi sempena pilihanraya Malaysia yang ke 12. Aku akan pergi mengundi di Sekolah Menengah Ulu Tebrau untuk Parlimen 158 [Tebrau]dan Negeri 41[Puteri Wangsa].

Berdasarkan dari Al-Quran surah al-Maaidah ayat 51, kau orang tentu dapat mengagak siapa calon yang aku pilih kali ni.

Keutamaan aku ialah siapa calon, kemudian baru pilih parti yang terbaik. Tak mesti aku sokong parti pemerintah atau parti pembangkang.
Selamat mengundi..

Rabu, Februari 27, 2008

Semangat juang nenek..

Pilihanraya datang lagi, penamaan calon telah diadakan pada 24/02/2008 yang lalu, dan hari pengundian akan diadakan pada 08/03/2008.

Sama-sama kita berdoa semuga proses pilihanraya di negara kita Malaysia ini berjalan dengan aman dan sempurna.

Pilihanraya kali ni aku rasa calon paling popular dan menjadi tumpuan ialah seorang nenek dari Terengganu. Rasanya semua akhbar dan berita TV di Malaysia ada memaparkan kisah nenek ni. Kalau kita search dalam internet memang banyak web site dan blog-blog yang memperkatakan kisah beliau yang bertanding dalam usia seorang nenek.



Sebenarnya aku amat respek kat nenek ni, semangat juangnya cukup tinggi... Baca berita di bawah yang aku ambil dari Kosma Online 26/02/2008.

Nenek tidak gentar bertanding

KUALA TERENGGANU - "Tak tahulah boleh menang ke tidak tapi minta-mintalah boleh menang bak kata pepatah, bila dah sekali harung biarlah basah."
Demikian tegas penjual kain yang merupakan calon bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof, 89.
Maimun berkata, biarpun calon yang ditentang iaitu Datuk Razali Ismail dari Barisan Nasional (BN) dan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu merupakan gergasi politik, dia tidak gentar.
Malah, dia yang membahasakan dirinya sebagai Tok memberitahu sudah menempah sebanyak 1,000 poster yang akan mula diedarkan hari ini tetapi tidak pasti di mana lokasi poster itu hendak ditampal.
Menurutnya, dia tidak pasti sama ada sempat untuk menemui semua bakal pengundinya kerana kawasan Parlimen Kuala Terengganu agak luas.
"Rasa-rasanya tak larat nak pergi semua tempat, tapi tak apalah, Tok pergi mana yang sempat sahaja,'' katanya ketika ditemui sewaktu berkempen dengan berbasikal di sekitar Jalan Panji Alam, semalam.
Anak dan cucunya menentang tindakannya bertanding dalam pilihan raya kerana risau keselamatannya selain boleh menyebabkan wang deposit RM10,000 hangus.

Lagi cerita menarik tentang nenek>

Selepas lima kali mencuba, akhirnya hasrat seorang nenek, Maimun Yusuf, 89, untuk menjadi calon tercapai apabila diterima bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac ini.
Ini kerana, sejak empat pilihan raya lepas, Maimun mengemukakan borang pencalonan, namun ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak memenuhi syarat.

Bagaimanapun, kali ini nasibnya baik apabila pencalonannya untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu diterima.Maimun yang akan bertanding menggunakan logo kunci serta parti yang diwakilinya, Parti Tanah Melayu Bersama Islam berkata, beliau menjual tanah untuk membayar wang pertaruhan sebanyak RM10,000 serta RM5,000 lagi untuk deposit bahan kempen.
Ketika ditanya sama ada beliau yang menjual kain batik dan songket dari rumah ke rumah tidak sayangkan wang itu jika hangus, jawabnya ringkas: "Pitih (wang) boleh cari."

Pada pilihan raya umum sebelum ini, beliau mengemukakan pencalonan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, namun kali ini memilih kerusi Parlimen Kuala Terengganu kerana berminat untuk menentang Mohamad Sabu

Jumaat, Februari 08, 2008

Aku Pulak Kena Bedah


18/11/2007 - Petang hari tu aku daftar masuk wad Hospital Pakar Puteri, seperti yang dijadualkan. Aku akan menjalani pembedahan pemasangan impan untuk support tulang belakang di bahagian L4-L5.
19/11/2007 - Aku dah tak dibenarkan makan sejak malam semalam. Tunggu panggilan masuk ke bilik pembedahan. Jam 3:30 petang barulah aku dibawa ke bilik pembedahan. Kepala aku pening dan muntah, perut lapar gila. Di dalam bilik pastinya Dr Mazwar dah sedia dengan peralatannya. Sebelum bedah kena ubat bius dulu.. Dan aku pun tak sedar apa yang mereka buat selepas tu. Apa yang aku tahu jam 9:00 mlm aku dah dibawa balik kat wad.
23/11/2007 - Jam 2:30 petang aku dibenarkan keluar dari hospital.
*Hingga kini aku masih dalam cuti sakit dan tidak bekerja... kesian aku.