Khamis, Mac 20, 2008

Sam kena 'flashover"...

Berita mengejutkan aku baru-baru ni ialah mengenai kemalangan [flashover] yang menimpa arwah Samsudin. Arwah dikenali sebagai seorang yang berpengetahuan dan sangat berpengalaman di bidang pekerjaan berkaitan elektrik. Sesiapa pun mulanya pasti tak percaya kemalangan serius ini berlaku keatas arwah, tapi takdir penentu segalanya..

Kronologi berita kemalangan dan pengakhiran..

17/03/2008 12.51 terima panggilan dari Samsul JPB. Tanya mengenai berlakunya flashover membabitkan staf Electest di Titan.

17/03/2008 12.56 cuba telepon Sam mengenai perkara ni, tapi tiada jawaban. [Masa ni aku tak tahu lagi bahawa Sam yang kemalangan]

17/03/2008 12.59 cuba telepon TPC Electrical..tak ada orang jawab panggilan.

17/03/2008 13.46 hantar SMS kat Jamal, cuba tanya dia pulak..

17/03/2008 19.16 Jamal jawab SMS aku [lambat jawab sebab kerja di Titan tak boleh bawa h/phone]. Dia pun tak tahu juga..

17/03/2008 15.56 tanya Elham melalui email.

17/03/2008 19.12 Elham balas email, dia pun tak tahu.

17/03/2008 21.50 SMS Zamri... dia pun tak tahu. Sah kemalangan ni tak berlaku di Titan seperti yang diberitakan walaupun masa tu ada team Electest yang buat kerja dalam Titan. Setakat ni banyak cerita timbul..ada yang kata Sam kemalangan bukan kena flashover tapi kemalangan jalanraya semasa nak ke Titan.

18/03/2008 09.00 Zamri telepon dari Titan, Samsudin yang kena flashover, disahkan oleh Reza yang dah pergi melawat semalam. Keadaannya dikatakan agak kritikal.

18/03/2008 16.09 gerak ke HSI melawat Samsudin di WAD 6A/12.Memang kritikal keadaannya masa tu. Aku rasa hampir 90% anggota badan yang kena, hanya bahagian mata ke atas dan bahagian kasut saja yang tak kena. Sedih bila tengok keadaan Sam masa tu.. Betapa bahayanya kerja elektrik.

18/03/2008 23.14 telepon Jamal [selepas dapat mesej misscall], dia beritahu Samsudin dah
meninggal dunia sekitar jam 22.00 malam.

18/03/2008 23.18 Jamal telepon, jenazah akan dibawa balik ke Pasir Gudang malam tu juga, esoknya baru dibawa ke Benut.

19/03/2008 07.27 Hisham ajak melawat kat Tmn Mawar P Gudang. Aku memang nak pergi..tunggu wife aku siapkan kerja sikit.

19/03/2008 08.09 Aku dah nak keluar rumah bila terima SMS dari Hisham beritahu jenazah dah dibawa ke Benut.Alhamdulillah, nasib baik semalam aku dapat melawat Sam buat kali
terakhir..kalau tak nyesal juga.

19/03/2008 08.15 Confirm jenazah dah dibawa pada jam 07.30 pagi.

19/03/2008 09.58 Jamal beritahu team Electest hantar wakil aje ke Benut sebab kena kerja.

Takpalah kerja mesti dibuat, hidup mesti diteruskan.. Kepada kawan-kawan yang masih bekerja termasuk diri aku, kerjalah dengan berhati-hati dan utamakan keselamatan diri.Untuk arwah Samsudin, semuga rohnya sentiasa di cucuri rahmat Allah..Amin....