Rabu, Disember 20, 2006

Banjir datang lagi..


Diberitakan negeri Johor telah dilanda banjir besar setelah hujan turun tampa henti mulai hari Khamis lalu [14/12/2006].

Kemuncak banjir adalah semalam [19/12/2006], di mana banyak kawasan rendah mula dinaiki air. Kawasan pertama banjir yang aku lihat ialah Jalan Masai Lama berdekatan kuari, jalan tu hanya kenderaan berat saja boleh lalu. Sebelah petang masa balik kerja aku dapati Kg. Sentosa di Cahaya Baru, Masai dah pun dilanda banjir. Rumah hanya nampak bumbung aje. Kg. sungai Tiram juga dilanda banjir terutama rumah yang berdekatan dengan sungai.

Hari tu kawasan tempat tinggal aku juga dilanda banjir iaitu Kg.Oren. Perumahan di Kg. Bentara, Jalan Melati dan Jalan Melur teruk dilanda banjir.

Hari ini [20/12/2006] semasa aku hendak ke Johor Bahru melalui Jalan Kempas Lama didapati Kg. Maju Jaya masih dilanda banjir walau pun hujan dah tak turun. Awal pagi semua kenderaan tidak boleh melalui jalan tersebut. Lebih 3 jam aku tunggu, akhirnya aku berpatah balik ikut jalan lain sebab air lambat surut.

Alhamdulillah dari petang hingga malam [saat aku menulis] hujan dah berhenti turun. Biasanya macam tu lah, lepas banjir hujan akan berhenti.

Kepada semua yang mengalami kesusahan menghadapi banjir aku harap berbanyak bersabar.

Rabu, Disember 13, 2006

Anas..


Anas..cucu sedara yang dijaga oleh isteri aku sejak dari kecil [kalau tak silap masa umurnya 3 bulan]. Tak jaga sepenuhnya, cuma di siang hari bila ibunya pergi kerja. Sayang kat dia, bila tak ada rasa rindu pulak..

Isnin, November 13, 2006

Sekadar pesanan..


"Pilihlah orang yang menyayangi dan mencintai diri kita sebagai teman bukannya orang yang kita sayang dan cintai tetapi tidak sebaliknya. Ini kerana kita lebih mudah membentuk diri kita sendiri tetapi amat sukar untuk kita membentuk diri orang lain."
Mendalam maksudnya.. Aku tak ingat, kat mana aku jumpa ayat ni. Pastinya ini pesanan untuk orang yang terlalu mengharap.. Pesanan berguna untuk orang yang nak cari pasangan hidup.

Selasa, Oktober 24, 2006

1 Syawal 1427 Hijrah


Kepada semua yang mengenali diri aku sekeluarga di ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin".

Rabu, Ogos 16, 2006

Timing belt WIRA ku putus..



Lokasi: KM 31.9 Sedenak-Kulai

Tarikh:13/08/2006

Jam: Lebih kurang 3.00 petang.

Senario: Enjin kereta tiba-tiba mati. Berhenti di tepi jaln dan talipon PLUS. Timing belt disahkan putus oleh petugas PLUS yang memeriksa. Telepon workshop dan towing truck. Tarik kereta ke workshop.

Kerosakan: Asalnya timing belt putus [baru 27000 kM aje hayatnya]. Kena buat top-overhaul dan servis sekali, semua belting tukar..banyak parts yang ranap.

Kos: Towing dari Sedenak ke Ulu Tiram RM200.00 + Pembaikan RM940.00 = RM1140.00

Selasa, Mei 30, 2006

Teluk Ramunia Beah Resort..


Pada 20-20/05/2006 aku dan keluarga telah pergi ke Teluk Ramunia Beach Resort sempena Hari Keluarga TPC Maintenance. Bagus juga tempat ni, dilain masa aku bercadang nak datang lagi. Hari tu aku pergi bersama Izah dan Rahieza aje, Erol tak ikut.

Jari Erol patah..


Pada 30/04/2006 Erol telah menjalani rawatan pembedahan untuk membetulkan tulang jari manis [ring finger] sebelah kanannya yang patah semasa main ragbi di sekolah MRSM Pontian.
Lepas bedah kenalah tidur kat Hospital Pakar Puteri tu satu malam. Petang esok nya 01/05/2006 barulah dibenarkan balik ke rumah. Dapat cuti sakit 14 hari, jadi tak balik le ke asrama.

Aku difahamkan jarinya patah pada petang 25/04/2006, esoknya [26/04/2006] warden asrama menghantarnya ke Hospital Pontian, dia rawatan diberikan kerana ketiadaan juru x-ray. esoknya [27/04/2006] warden hantar lagi, tiada apa-apa rawatan juga dengan alasan yang sama. Pelik betul, Hospital Pontian tiada juru x-ray ke?

Pada 29/04/2006 aku bawa Erol ke klinik panel aku, sah jarinya patah setelah dilihat melaui imbasan x-ray. Jadi pada 30/04/2006 pagi tu aku bawa le dia ke hospital. Awal pagi tu doktor cuba mencantumkan tulang tampa pembedahan tapi tak berjaya, jadi petang tu terpaksalah jarinya dibedah. Aku diberitahu oleh doktor kecederaannya serius, satu saluran darah telah putus, ianya mungkin disebabkan kelewatan menerima rawatan.

Aku beritahu le kat pengurusan sekolah lain kali kalau ada apa-apa berlaku cepatlah beritahu, ialah mungkin kecederaan yang kita nampak kecil tetapi sebenarnya serius.

Ahad, Januari 01, 2006

Tahun Baru 2006

Alhamdulillhah, kini aku dah berada di tahun baru 2006. Mudah-mudahan kesihatan aku bertambah baik pada tahun ni. Lebih 3 bulan aku tak berkerja pada tahun lepas, dari akhir bulan 9 hingga akhir bulan 12. Aku cuma kerja selama 3 hari saja pada bulan 12, 2005.

Tahun ni aku berharap hidup aku dan keluarga lebih diberkakti Allah...amin. Semuga aku dan keluarga diberi kekuatan iman dan lebih kesabaran.

Selamat menyambut tahun baru buat yang mengenali diri aku..