Jumaat, Disember 31, 2004

Inilah aku..

Ini aku..dilahirkan di Pontian, Johor. Aku dibesarkan di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram. Sekarang tinggal di Kg.Oren, Ulu Tiram. Dah kahwin, anak dua orang.

Sabtu, November 27, 2004

aku dan hari-raya


Aku di hari raya pertama kat rumah emak aku..
Dah nak masuk minggu ke tiga kita berhari-raya. Hari-raya tahun ni aku rasa kurang sikit meriahnya dari tahun lepas. Banyak rumah yang tahun-tahun sebelumnya selalu aku pergi, pada tahun ini aku tak pergi. Nak pergi ke rumah kawan-kawan pun malas, tak tahu apa pasal.
Kepada semua yang rumah mereka aku tak dapat ak pergi tu, aku minta maaf ajelah..

Posted by Hello

Ahad, November 14, 2004

dah tiba hari raya..dam..dam..dum


Ni dah masuk 1 Syawal 1425 Hijrah..Hari Raya Aidilfitri dah menjelang..kat tempat aku sekarang ni suasananya bising dengan bunyi mercun dan bunga api. Tu yang aku terfikir ni..hari ni Hari Raya atau Tahun Baru Cina? Ini budaya kita ke? Kalau tak betul-betul di jenerasi akan datang mungkin bila tiba Hari Raya orang dah tak bertakbir lagi tapi bakar mercun..Dam..Dam..Dum bunyi mercun, semaraklah Hari Raya ini tahun.. Posted by Hello

Khamis, November 11, 2004

"Selamat Hari Raya Aidilfitri"


Hari ini 27 Ramadhan 1425 Hijrah..selamat meneruskan ibadat puasa. 2 atau 3 hari lagi 1 Syawal 1425 Hijrah akan tiba..jadi aku dan keluarga nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" untuk semua. Maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri aku dan keluarga. Posted by Hello

Ahad, Oktober 31, 2004

kenangan bersama abah..


ni gambar aku dan arwah bapak.. beberapa bulan sebelum dia kembali ke Rahmatullah.. dah lebih setahun dia pergi.. dah 2 kali puasa aku tak dapat bersama.. Al-Fatihah buat arwah bapak aku yang aku panggil ABAH. Posted by Hello

Sabtu, Oktober 30, 2004

bulan Ramadhan, bulan puasa dan jalan-raya

Hari ini adalah hari ke 16 umat Islam berpuasa di Malaysia. Puasa tu wajib.. jangan buat-buat tak tau pula.

Puasa ni biasa aje bagi aku.. dah tua kan.. takkan nak puasa macam budak-budak pula, layu semacam aje bila lepas tengah-hari. Cuma aku tahun ni teruk sikit.. bukan pasal puasa, tapi pasal sembahyang terawihnya. Di hari yang ke 16 ni aku cuma dapat pergi ke surau sekali saja.. teruk-teruk. Inya-Allah malam ni dan malam-malam seterusnya aku akan kuatkan semangat untuk pergi.

Sebenarnya aku letih sangat bila balik kerja, kaki pun rasa lenguh.. ni bukan pasal kerja banyak, tapi pasal jalan pergi dan balik kerja.."jam" teruk. Aku pergi kerja jam 7.00 pagi (hantar anak aku pergi sekolah dulu), sampai tempat kerja sekitar jam 8.00 - 8.15 pagi. Keluar lambat sikit jawabnya lambatlah masuk kerja. Aku balik kerja jam 5.00 petang, sampai rumah paling cepat jam 6.oo petang.. kadang-kadang jejak jam 6.30 petang. Aku duduk kat Ulu Tiram dan tempat kerja aku kat Pasir Gudang.. perjalanan sekitar 30 kM boleh mengambil masa 1 jam lebih.. betapa sesaknya jalanraya sekarang berbanding 10 tahun dulu.

Hari ini aku kerja "half-day" (hari sabtu), aku keluar dari tempat kerja jam 12.30 tengah-hari.. sampai kat rumah aku jam 1.30 tengah-hari.. hari Sabtu macam ni pun jalan "jam".. cuaca pula hari ni panas. Entah apa-apa jalan-raya kat sini.. sana-sini tengah buat atau perbaiki jalan. Kat Ulu Tiram buat jalan, kat Johor Jaya buat jalan.. banyak le.. semuanya belum siap, tu sebab "jam".. lebuh-raya Pasir Gudang pula hanya ada 2 lorong..bila ada kenderaan rosak atau kemalangan pasti "jam" teruk.

Ok lah.. kepenatan dan sebagainya tu sekadar alasan aku aje tak pergi surau.. sebenarnya semangat aku nak pergi tak berapa kuat.. senang kata malas.. walau macam-mana pun puasa tetap puasa. Selamat berpuasa untuk semua dan juga untuk diri aku sendiri.

Ahad, Oktober 17, 2004

di dalam wad Hospital Penawar PG


Gambar aku di dalam wad Hospital Penawar.
Semasa aku balik dari Putrajaya aku rasa macam nak deman...11/04 aku pergi kerja dan pergi ke klinik Titan..sah aku deman panas..dapat cuti sakit 2 hari...13/04 aku masih deman lagi...aku pergi klinik Titan lagi...deman masih tak hilang, jadi aku dirujuk ke Hospital Penawar. Aku dimasukkan ke dalam wad pada 10:30 pagi 13/10/2004.. ambil contoh darah dan sebagainya.. masuk air, disuntik ubat dan makan ubat..deman pun reda.. sebenarnya aku kena "bengkak tonsil".. mungkin pasal cuaca panas sangat semasa di Putrajaya. Aku dibenarkan keluar wad pada 11:45 pagi 14/10/2004...lega...memang tak seronok duduk dalam wad hospital. Lebih-lebih lagi bila teringatkan isteri kesayangan aku si Azizah tu...
*ucapan terima-kasih kepada:

  • En. Khamis (Medical Coodinator Titan)...sahkan aku deman dan bagi MC selama 2 hari.
  • En. Sanusi (Boss aku)...yang prihatin...datang melawat dan tolong bawa aku punya beg.
  • Along Zana yang tolong bawakan isteri dan anak aku ke hospital.
  • Badrul Hisham & Zulhaizam...rakan sekerja yang banyak menolong...tolong simpan kereta aku dan ambil aku balik dari hospital.
  • Semua doktor dan kakitangan Hospital Penawar yang berurusan dengan aku.
*kepada semua, jasamu tetap dikenang... Posted by Hello

Sabtu, Oktober 16, 2004

aku dan keluarga di Putrajaya


Gambar ni masa di Taman Warisan Putrajaya..cuaca panas sangat..rehat di wakaf pertengahan bukit. Isteri dan anak aku tiba di Putrajaya pada petang 08/10..tumpang Isma yang baru balik kursus di JB. Malam tu Nora dan Ewan (yang jadi pengantin tu)datang ambil, pergi rumah Along (lupa lak nama dia) kat Bangi. 09-10/10..jalan-jaln sekitar Putrajaya..Alamanda, Dataran Putra, Taman Botani dan Wetland. Cuaca kat sini memang panas..buat aku demam. Aku, Izah (isteri aku) dan Rahieza (anak aku) balik ke JB pada petang 10/10..*terima-kasih kepada Isma, Cik Yah, Izat dan Aiman kerana seminggu aku duduk kat rumah dia*. Posted by Hello

aku kat ILSAS


Alamak blurnya gambar..apa boleh buat kan..masa ambil ni pun nak cepat aje..sebenarnya di sini dilarang untuk mengambil gambar..ni kira curi-curi ambil semasa petugas tak nampak..masa ni aku berdiri di sebelah switchboard ABB di P/E Pukal Pekan semasa menghadiri kursus pencawang 11kV di ILSAS selama 5 hari (04-08/10/2004). Kursus wajib sebelum dibenarkan mengambil peperiksaan ini dihadiri seramai 14 orang peserta termasuk aku. Peperiksaan dijangka diadakan pada bulan Januari 2005 nanti. Jadi tahun depan terpaksalah aku datang balik kat sini.. Posted by Hello

Isnin, September 27, 2004

"siapa tak sayang bini"


Ini gambar aku dengan "bini" aku kat rumah...nama dia Azizah macam dalam lagu P.Ramlee. Aku sayang dia dan dia pun sayang kat aku...tu pasal kadang-kadang dia cemburu kat aku...lagi pun aku ni hensem kot. Pastinya dialah satu-satunya isteri yang aku sayang.. Posted by Hello

Ahad, September 26, 2004


*aku,isteri dan pengantin* Posted by Hello

Sabtu, September 25, 2004

aku ke majlis perkahwinan

18 hb. September, hari sabtu bersaman 3 Sya'aban 1425...aku sekeluarga pergi ke Felda Jelai 4, Negeri Sembilan. Abang ipar isteri aku (biras aku) buat majlis perkahwinan anak perempuan dia.

Ini kali ke dua dia buat majlis perkahwina...meriah sungguh, ada "KARAOKE" le... abang ipar aku En. Hashim (Lasim) pun gasak nyanyi sama. Aku syorkan kat dia beli set karaoke kat rumah.

Aku nak cerita sikit pasal orang yang rewang kat majlis tu...bagus betul...patut dipuji. Segala nya teratur dan kemas, orang rewang pun ramai. Kat sini majlis habis sebaik sahaja pengantin lelaki sampai kira-kira jam 3.00 petang. Lepas tu kerusi mej dikemas...licin...siap bersihkan sekali. Tak le macam tempat aku, majlis habis jam 6.00 petang dah tu orang rewang terus aje balik...tak berkemas, tunggang-langgang.

Pada hari tu ada juga orang yang 'frust" sebab gambar yang diambil semuanya tak memuaskan...'blur" habis. Kepada Cik cem dan Angah...belilah kamera baru...

Kepada pengantin "Nora dan suami"...jadi jangan tak jadi...


atuk dah meninggal...

Pada 12/09/2004 (Ahad), aku sekeluarga balik kampung isteri aku kat Batu Pahat...atuk isteri aku meninggal dunia. Atuk isteri aku ni dah tua...dah lama sakit dan tak boleh jalan. Semasa dia hidup emak mertua aku bergilir-gilir menjaga nya dengan biras dia.
Aku nak cerita ni bukan pasal atuk isteri aku yang dah meninggal tu, tapi pasal orang yang hidup semasa atuk isteri aku meninggal pada hari tu. Macam ni...atuk isteri aku ni dikebumikan awal kira-kira jam 10.00 pagi...jadi adalah kaum kerabat yang tak dapat nak tengok jenazah arwah ni buat kali terakhir... aku sendiri pun tak sempat. Jadi adalah yang marah apasal jenazah di kebumikan awal dan tak tunggu kaum kerabatnya semua balik.
  • Urusan jenazah adalah fardu kifayah, kita patut berterima kasih kepada orang-orang yang menyempurnakannya...sanggup ke kita nak uruskan sendiri.
  • Urusan jenazah perlu disegerakan...jenazah pun tak terseksa tunggu lama-lama, orang yang menguruskannya pun mempunyai urusan mereka sendiri pada hari tu.
  • Keadaan jenazah yang sudah tua, kerap mengeluarkan najis...nanti bila telah siap dikapan, keluar najis lagi...siapa pula nak cuci dan buat semula.
  • Paling penting di lain kali tengok-tengoklah orang tua selalu sementara mereka masih hidup terutama semasa mereka sedang sakit. Bertahun-tahun tak jenguk bila dah meninggal baru sibuk...salah siapa?

Tak perlu marah-marah..sendiri mau ingat...atuk pun dah meninggal...sekarang emak mertua aku dapat jaga pak mertua aku dengan tumpuan 100%.

Ahad, September 05, 2004

khas buat isteri ku

*Petikan motivasi khas buat tatapan isteri ku tercinta...*


Motivasi oleh: DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tajuk: Panduan mengenali lelaki baik

Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak bodoh.

Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu.

“Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur.” Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.

Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapa pun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.

Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita.

Oleh itu, jadikan apa yang akan saya paparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah.

Lelaki itu jujur jika:
1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.
2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.
3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya. Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu ‘sempurna’. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan ‘luar biasa’ sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.

Kerjaya menjadikannya seorang yang sibuk untuk mengejar matlamat, keluarga sandarannya untuk menjadi seorang penyayang dan bertanggungjawab. TUHAN pula menjadi pengharapannya demi kehidupan yang lebih baik dan sempurna serta kekal abadi. Apakah anda fikir seorang lelaki yang mempunyai tiga aspek begini masih patut dicurigai?

Ramai suri rumah akhirnya ditinggalkan kerana terlalu prasangka, menyangka yang bukan-bukan serta merangsang suami dengan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Nasihat saya, berilah kepercayaan padu kepada suami anda selagi belum terbukti sesuatu. Selagi ia berlegar dalam pemikiran ia tidak perlu dilayan.

Selamat membina perhubungan intim dan jadilah orang yang ceria serta bahagia sepanjang hidup kita. Saling mempercayai lebih bagus daripada saling mencurigai.


*Aku sendiri pernah menangis bila terasa kesetiaan aku dipersoalkan dan isteri seperti tak mempercayai aku. Ikrar aku untuk isteri ku, "Sesungguhnya aku amat menyintai dan menyayangi diri mu dengan sepenuh hati ku. Semuga Allah sentiasa memelihara perhubungan kita berdua dan keluarga, hidup di dalam kesejahteraan di dunia dan di akhirat...Amin.*

Rabu, September 01, 2004

Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 47

Semalam 31hb Ogos merupakan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 47. Aku bangga menjadi rakyat Malaysia yang merdeka. Aku harap kemerdekaan ini akan kekal buat selama-lamanya. Macam-macam cara rakyat Malaysia ni raikan hari kemerdekaan..gantung bendera..letak bendera atas kereta..macam-macam..asalkan mereka ni gembira dah le. Aku tengok yang lebih gembira ialah pasangan remaja yang menghadiri pesta-pesta dan konsert-konsert hari kemerdekaan. Merdeka sungguh..merdeka sebab dapat bersama dengan penuh kebebasan. Semangat sungguh bila laungkan..Merdeka! Merdeka! Merdeka!..bila pakwe atau makwe ada di sisi. mereka ni laungkan kemerdekaan tu untuk apa agaknya?