Sabtu, Oktober 30, 2004

bulan Ramadhan, bulan puasa dan jalan-raya

Hari ini adalah hari ke 16 umat Islam berpuasa di Malaysia. Puasa tu wajib.. jangan buat-buat tak tau pula.

Puasa ni biasa aje bagi aku.. dah tua kan.. takkan nak puasa macam budak-budak pula, layu semacam aje bila lepas tengah-hari. Cuma aku tahun ni teruk sikit.. bukan pasal puasa, tapi pasal sembahyang terawihnya. Di hari yang ke 16 ni aku cuma dapat pergi ke surau sekali saja.. teruk-teruk. Inya-Allah malam ni dan malam-malam seterusnya aku akan kuatkan semangat untuk pergi.

Sebenarnya aku letih sangat bila balik kerja, kaki pun rasa lenguh.. ni bukan pasal kerja banyak, tapi pasal jalan pergi dan balik kerja.."jam" teruk. Aku pergi kerja jam 7.00 pagi (hantar anak aku pergi sekolah dulu), sampai tempat kerja sekitar jam 8.00 - 8.15 pagi. Keluar lambat sikit jawabnya lambatlah masuk kerja. Aku balik kerja jam 5.00 petang, sampai rumah paling cepat jam 6.oo petang.. kadang-kadang jejak jam 6.30 petang. Aku duduk kat Ulu Tiram dan tempat kerja aku kat Pasir Gudang.. perjalanan sekitar 30 kM boleh mengambil masa 1 jam lebih.. betapa sesaknya jalanraya sekarang berbanding 10 tahun dulu.

Hari ini aku kerja "half-day" (hari sabtu), aku keluar dari tempat kerja jam 12.30 tengah-hari.. sampai kat rumah aku jam 1.30 tengah-hari.. hari Sabtu macam ni pun jalan "jam".. cuaca pula hari ni panas. Entah apa-apa jalan-raya kat sini.. sana-sini tengah buat atau perbaiki jalan. Kat Ulu Tiram buat jalan, kat Johor Jaya buat jalan.. banyak le.. semuanya belum siap, tu sebab "jam".. lebuh-raya Pasir Gudang pula hanya ada 2 lorong..bila ada kenderaan rosak atau kemalangan pasti "jam" teruk.

Ok lah.. kepenatan dan sebagainya tu sekadar alasan aku aje tak pergi surau.. sebenarnya semangat aku nak pergi tak berapa kuat.. senang kata malas.. walau macam-mana pun puasa tetap puasa. Selamat berpuasa untuk semua dan juga untuk diri aku sendiri.