Ahad, Ogos 05, 2007

Kancil sakit kaki, Wira sakit dada..

Pada 23/07/2007 kira-kira jam 7:30 pagi semasa aku nak pergi kerja tiba-tiba aku terdengar sbunyi yang kuat, geduk-geduk.. pada sebelah kiri bahagian hadapan Kancil aku. Bila aku berhenti dan periksa, tak ada apa-apa pun yang tak kena. Bila aku jalankan ada bunyi lagi. Aku berhebti dan cuba tukar tayar, pun bunyi juga. Baru semalam buat "pembedahan" tukar kaki baru. Aku ambil keputusan berpatah balik dan terus menuju ke "klinik" tempat Kancil aku dirawat semalam. Di "klinik" kaki Kancil disahkan tidak diikat denga kuat semasa "pembedahan" semalam. Hari tu aku datang kerja lewat.

~"Doktor" Botak sedang mengikat "kaki" Kancil dengan kuat.>





Pada 27/07/2007 kau tak pergi kerja, ambil cuti kecemasan sebab Wira aku sakit dada, semput nak gerak pun dah tak larat. Pagi tu aku hantar ke "klinik" untuk buat pembedahan tukar "cluth-plate". Teruk dah keadaan benda tu, nyaris Wira aku tak gerak langsung. Lepas bedah sekarang dah OK.. tekan terus ber"lari".. tak semput lagi.

~"Doktor" Abu sedang melakukan kerja pembedahan.>

~Inilah rupa "cluth-plate" yang rosak.>


Kancil dan Wira dah Ok sekarang, aku aje yang tak berapa OK..