Sabtu, Disember 04, 2010

Lepas ni apa pulak yang ikut naik?

BERNAMA

KUALA LUMPUR, (Bernama) - Keputusan kerajaan untuk menaikkan harga pam petrol dan diesel perlu diterima seluruh rakyat berikutan harganya sudah diapungkan mengikut pasaran minyak dunia, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe. 

Beliau berkata kerajaan masih bersifat prihatin dengan menaikkan harga dalam kadar yang rendah untuk kepentingan semua rakyat.

"Rakyat harus terima kenaikan harga petrol pada kadar yang rendah (lima sen) kerana harga pasarannya melambung dan kerajaan terpaksa menelan belanja yang banyak untuk menanggung subsidi," katanya kepada Bernama pada majlis Malam Mesra Pemuda dan Wanita Parti Gerakan di Menara PGRM di sini malam ini.

Beliau mengulas mengenai pengumuman pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen bagi setiap kilogram Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen bagi satu kilogram gula yang berkuat kuasa esok.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg. 

Berhubung kenaikan harga gula, Tan yang juga Ketua Wanita Gerakan berkata peniaga tidak harus mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berganda termasuk menaikkan harga makanan dan minuman sementara rakyat harus mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian mereka.

Majlis yang dihadiri seramai 700 perwakilan Pemuda dan Wanita parti itu turut dihadiri Presidennya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

* Biasanya lepas ni adalah barang-arang keperluan lain yang ikut naik. Macam-macam alasan diberikan untuk mewajarkan kenaikan harga.

* Dalam hidup ni boleh dikatakan semua akan naik, susah nak jumpa yang turun. Umur pun sentiasa naik, kalau tak naik tu maknanya dah almarhum la..

Khamis, Disember 02, 2010

Duduk “sorang-sorang”…

Buat masa ni aku masih duduk “sorang-sorang” kat sini. Lepas anak aku habis SPM baru le aku angkut semua famili ke mari..

Jauh-jauh ni… rindu gila kat “wife” aku..

Tak tahan Oooo… teringat selalu… Aku sayang “wife” aku..

IZAH.. I LOVE “SAYANG” FOREVER…

Ahad, November 21, 2010

Aku terima “Confirmation letter”

Alhamdulillah, aku telah menerima “confirmation letter” bertarikh 08/11/2010 dan pengesahan jawatan bermula pada 01/11/2010 dengan kenaikan gaji.

Terima kasih kepada majikan dan syukur kepada Allah yang memberikan aku pertambahan rezeki ini. Semuga rezeki yang aku dapat ini sentiasa diberkati Allah… Amin.

Jumaat, November 05, 2010

Tukar timing-belt WIRA

Setelah hampir 2 minggu enjin kereta aku bergegar semacam, akhirnya pada 16/10 yang lalu aku menghantar kereta ke workshop masa balik ke TIram.

Sebelum ni ada yang kata disebabkan oleh throtle-body yang dah rosak. Memang selepas cuci benda tu ada kurang sikit gegarnya. Sebenarnya selepas diperiksa rupa-rupanya timing-belt wira tu dah longgar dan bearingnya pun dah berbunyi. Makanya setelah ditukar baru termasuk engine-mounting di sebelahnya keadaan enjin wira kembali normal.

20101016 008

Kos pembaikan RM325, berbanding kalau tukar throtle-body sekitar RM900.

Alhamdulillah, nasib baik tak tersalah tukar.

Rabu, September 22, 2010

Alhamdulillah .. aku bersyukur dengan rahmat ALLAH..

Berikut adalah kejadian yang berlaku yang membuatkan aku berasa amat bersyukur di atas limpahan rezeki dan rahmat ALLAH.

20100913 010 Inilah keadaan kedua-dua tayar belakang kereta aku.. yang aku pandu pada 12/09/2010, dari Ulu Tiram ke Kota Damansara dalam keadaan hujan di waktu malam. Amat terkejut bila tersedar keesokan harinya.

Alhamdulillah.. dengan rahmat dan perlindungan ALLAH perjalanan aku pada waktu itu tiada gangguan..

Namun.. selepas ini aku mesti berhati-hati.. berasaskan konsep bertawakal kepada ALLAH.

Aku lupa ada blog..

Tak la sibuk sangat.. tapi tu la, aku selalu lupa nak up-date kan blog aku ni.

Sabtu, Ogos 07, 2010

Mula kerja di Glomac – KCP Management Corporation

Pada 2 hb. Ogos 2010, jam 9.00 pagi aku melaporkan diri untuk bertugas di Wisma Glomac 3.

Aku berkerja di KCP Management Corporation, di bawah Glomac Property Services dan di bawah Glomac Berhad.

Hari ini 7 hb. Ogos 2010, bermakna telah seminggu aku bekerja.

Buat masa ini keadaan di dalam keadaan baik dan terkawal.

Jumaat, Julai 30, 2010

Tayar tercucuk benda..

Petang tadi pergi rumah emak aku di Felda Ulu Tebrau, sampai di “Corner Tapa” tiba-tiba tayar depan sebelah kiri bergegar macam langgar bonggol jalan.

Berhenti dan periksa, macam tak ada apa-apa.. tapi bila jalan bergegar lagi.. geleduk-geleduk.. Aku syak bearing roda kereta dah rosak..

Teruskan juga pergi rumah emak.

Baliknya aku terus ke “workshop” kereta, periksa kedua-dua tayar sebelah kiri.. tak ada apa-apa pulak.. siap pomen “test drive” lagi.

Balik kat rumah aku periksa lagi keempat-empat tayar. Sah, ada benda dah tercucuk masuk kat tayar depan sebelah kiri.

20100730 0017

Hantar balik kat “workshop” kereta untuk tampal.. 15mm panjang benda tu masuk dalam tayar. Tu yang bergegar bila berjalan.. kenalah RM8.00.

Khamis, Julai 29, 2010

Maaf IWK..

Semalam kira-kira jam 3:30ptg, aku terima panggilan telefon dari IWK Tampoi untuk temuduga kerja sebagai Chargeman pada pagi hari Jumaat ni.

Aku  minta maaf sebab tak dapat pergi, aku ucapkan terima kasih sebab panggil aku untuk temuduga. Aku mohon pada 21/04/2010, maknanya selepas tiga bulan baru mereka panggil aku.

Selepas aku dapat tawaran kerja di Glomac, sebenarnya ada empat panggilan temuduga lain yang aku tak pergi.

Insya-Allah, petang hari Sabtu aku akan bertolak ke Kota Damansara.

Sabtu, Julai 24, 2010

2 Ogos 2010 aku mula kerja..

Lama aku tak masuk blog ni.

InsyaAllah, setelah banyak tempat pergi temuduga akhirnya pada 2 Ogos nanti aku akan mula bertugas di Glomac Property Services di Kelana Jaya, Selangor.

Selepas dapat tawaran kerja tu pada 2 Julai lalu, banyak panggilan temuduga terpaksa aku tolak antaranya Pahang Cement dan Sun Power.

InsyaAllah, kalau rezeki terus ada di sini, makanya aku kenalah berhijrah terus duduk di Negeri Selangor.

Rabu, Mei 26, 2010

Aku pergi interview

Perjalan aku di temani Erol ke Putrajaya untuk pergi interview di SAPURA @ Mines, Seri Kembangan.
24/05/2010
10:30-pg bergerak dari rumah.. singgah rumah emak ambil ubat Cik Yah.
11:00-pg bergerak ke Utara.
01:30-tgh singgah di RnR Jejantas Ayer Keroh.. solat dan makan.
3:00-ptg sampai di SAPURA @ Mines, tempat untuk interview esok.
3:30-ptg sampai di Putrajaya, singgah Station Petronas untuk isi minyak.. pergi ke rumah Cik Yah.. tu pun selepas sesat seketika.
25/05/2010
08:45-pg bergerak ke SAPURA, salah jalan la pulak.. Alhamdulillah, ada seorang Hamba Allah yang sudi tolong tunjukkan jalan. Jumpa dia di Station Petronas tepi highway.. ikut belakang lori dia. Tak sempat nak tanya nama..
09:30-pg sampai di SAPURA, pusing-pusing cari parking.. last sekali parking kat Mines Business Centre, jauh..
10:15-pg baru masuk dalam, isi form kerja..
11:15-pg start interview..
11:45-pg selesai.. balik ke Putrajaya.. pusing lagi.
01:30-tgh selepas sembahyang dan makan.. bertolak balik ke Johor.
04:50-ptg selamat sampai kat rumah.. penat…

Selasa, April 13, 2010

Beri RM 1.00, nak macam-macam..

Aku masih tak kerja lagi.. dah 4 tempat pergi interview, tapi masih tak ada yang sangkut, walau pun semasa interview tu aku cool aje.. tak ada rezeki lagi.

Maksud cool tu, maksudnya walaupun ada yang tanya soalan yang tak relevan  langsung dengan tugas seorang chargeman atau soalan darjah satu atau sebagainya.. aku tetap cool menjawabnya. Maklumlah nak kerja sangat..

Kebanyakan majikan yang menawarkan kerja ni umpama beri satu ringgit tetapi nak macam-macam.

Contohnya jika pergi ke warung, bawa satu ringgit.. lepas tu nak air, kuih, nasi dan apa-apa lagi. Dapat kuih tiga pun dah cukup baik.

Kira beruntunglah sesiapa yang dah bekerja dengan sesebuah tempat tu tugasnya benar-benar seorang chargeman.. MENJAGA PEPASANGAN ELEKTRIK.

Khamis, April 01, 2010

Masih tak kerja..

Aku masih kat rumah lagi, walau pun dah 2..3..tempat pergi temuduga, nampaknya masih belum sangkut lagi.

Ada tawaran kerja pun jauh.. di luar Johor. Kalau beberapa waktu lagi tak dapat kerja di sini, maka terpaksalah aku berhijrah..

Sabar…

Ahad, Februari 21, 2010

Aku berhenti kerja..

Semalam 20/02/2010 hari terakhir aku kerja di SIM. Ramai tak menjangka dan ada yang tak tahu aku akan berhenti kerja, tapi itulah hakikatnya.. aku berhenti kerja.

Sebab berhenti? Kau orang fikirlah sendiri..

2 minggu lalu aku hantar surat peletakan jawatan terus kepada MD.. ada yang anggap aku acah aje..

“INI BETUL-BETUL, BUKAN CUBAAN” dan aku telah pun berhenti kerja di SIM.

Sabtu, Februari 13, 2010

Aku berhenti kerja..

Pada 02/02/2010 aku dah hantar “by-hand” surat berhenti kerja kepada MD SIM Manufacturing. Aku punya last-day ialah pada 20/02/2010.

Terkejut MD bila terima surat aku tu, mungkin pada dia mengapa tiba-tiba aje aku nak berhenti kerja. Hakikatnya dah lama aku cadang nak berhenti, cuma mungkin perkhabarannya tak sampai ke atas.

Banyak perkara di sini yang mendorong aku untuk berhenti terutama cara pentadbirannya. Aku sendiri pun tak tahu apa posisi aku di kilang ni, sebab dari A sampai Z kena buat sendiri. Ditambah lagi dengan kemudahan kerja yang tak cukup, terutama kemudahan kerja pejabat yang langsung tiada. Kerja nak bagus, kemudahan tiada.. ketinggalan sepuluh tahun kebelakang.

Aku dah dapat kerja baru ke sebelum hantar notis ni? Tak lagi. Habis tu kenapa nak berhenti dulu? Kalau kiata buat macam ni atau ubah macam tu, kamu jadi berhenti juga ke? Itulah soalan yang orang ajukan pada aku termasuk MD sendiri.

Jawapannya, kalau aku dah berhenti mudahlah aku cari kerja lain tampa gangguan kerja yang ada. Aku tetap akan berhenti sebab aku buat ni bukan untuk aku aje. Biar pihak yang terlibat melihat masalah ni dan tak terjadi pada orang lain. Biar mereka lihat kedudukan HT Chargeman tu di mana letaknya dan apa tugas yang sepatutnya.

Lagi satu, aku paling tak suka pihak majikan atau pengurusan yang menganggap undang-undang dan peraturan yang ada sebagai perkara remeh.

InyaAllah, mudah-mudahan aku tidak menganggur lama…Amin.

Sabtu, Januari 09, 2010

Apply semula Titan

Hari 09/01/2010, aku hantar permohonan untuk bekerja semula di Titan Petchem. Aku dah biasa dengan “budaya kerja selamat”, jadi bila bekerja di tempat asal boleh, rasa lain je. Mudah-mudahan permohonan aku diambil perhatian dan diterima.. jadi dapatlah aku tunaikan niat aku yang tertangguh bila aku boleh bekerja semula.

Tunggu…..