Rabu, Mei 26, 2010

Aku pergi interview

Perjalan aku di temani Erol ke Putrajaya untuk pergi interview di SAPURA @ Mines, Seri Kembangan.
24/05/2010
10:30-pg bergerak dari rumah.. singgah rumah emak ambil ubat Cik Yah.
11:00-pg bergerak ke Utara.
01:30-tgh singgah di RnR Jejantas Ayer Keroh.. solat dan makan.
3:00-ptg sampai di SAPURA @ Mines, tempat untuk interview esok.
3:30-ptg sampai di Putrajaya, singgah Station Petronas untuk isi minyak.. pergi ke rumah Cik Yah.. tu pun selepas sesat seketika.
25/05/2010
08:45-pg bergerak ke SAPURA, salah jalan la pulak.. Alhamdulillah, ada seorang Hamba Allah yang sudi tolong tunjukkan jalan. Jumpa dia di Station Petronas tepi highway.. ikut belakang lori dia. Tak sempat nak tanya nama..
09:30-pg sampai di SAPURA, pusing-pusing cari parking.. last sekali parking kat Mines Business Centre, jauh..
10:15-pg baru masuk dalam, isi form kerja..
11:15-pg start interview..
11:45-pg selesai.. balik ke Putrajaya.. pusing lagi.
01:30-tgh selepas sembahyang dan makan.. bertolak balik ke Johor.
04:50-ptg selamat sampai kat rumah.. penat…