Ahad, Mei 22, 2011

Rahieza dah daftar masuk UiTM Arau

Pada 21/05/2011, dari jam 10:00 pagi hingga jam 02:30 petang, berada di UiTM Arau untuk hantar dan pendaftaran masuk Rahieza ke UiTM tu.

Dari UiTM terus singgah di Kg. Pulau Pa’Ubin, Kodiang, di rumah Kak Nor… pertama kali pergi ni. Sama macam di Arau, sekarang ni tengah musim orang tanam padi.

06:00 petang, bertolak balik ke Kota Damansara.

Isi minyak kereta di RSA Juru.

Rehat sekejap di RSA Sungai Perak, tempat selalu disinggah bila pergi dan balik dari utara.

11:45 malam sampai rumah di Kota Damansara.

* Banyak benda yang nak diceritakan dalam perjalanan ini.. malas nak tulis.

Jumaat, Mei 20, 2011

Dari Kota Damansara ke Arau

Hari ini aku dan keluarga ke Arau, Perlis nak hantar Rahieza daftar dan masuk UiTM Arau pada hari esok 21/05/2011.

Bergerak dari Kota Damansara jam 09:15 pagi.

RSA Rawang– berhenti untuk buang air.

RSA Sungai Perak – jam 11:20 pagi untuk berhenti rehat, minum air dan makan kuih pau.

Hentian Bukit Gantang – isi minyak kereta di Stesyen minyak Caltex..

Keluar di Tol Jitra Utara melalui jalan K104 dan tembus di persimpangan Jalan Jitra-Arau, melalui pekan Kodiang dan tiba di Hotel Sooguan Villa terletak di Jalan Umno, Kampong Bakong, Jejawi, Arau pada jam 02:15 petang.

Penat…..

Jumaat, Februari 25, 2011

Kembali ke Rahmatullah..

Pada 25/02/2011 jam 1:05 tengah-hari sebelum waktu dzohor ketika aku hendak ke masjid untuk sembahyang Jumaat.. pada waktu inilah Long telepon menyatakan adik aku Sabariah telah meninggal dunia di Hospital Sultan ismail, Johor Bahru.

20110227 0001

Di sinilah akhiran hidup di dunia… semua akan merasakannya.  Al-Fatiha..

Isnin, Februari 21, 2011

Kursus 33kV di ILSAS

Kursus untuk upgrade dari 11kV ke 33kV di ILSAS, seramai sepuluh peserta menyertainya termasuk aku.

20110222 0103

Kursus diadakan selama 3 hari ini adalah sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan dengan Suruhanjaya Tenaga. Exam aku 8/3/2011, hari Selasa.

Selasa, Februari 01, 2011

Barbican

Betul ke air Barbican ni boleh jadi ubat penyakit batu karang? Siapa boleh jawab?

20110201 025 Barbican

Rasanya manis kecuali Malt asli yang rasanya pahit..penuh berkarbonat..

Ahad, Januari 02, 2011

Awal Tahun 2011

Apa azam aku pada Tahun 2011 ni.. Azam yang dulu juga.. aku hendak hidup senang di dunia dan di akhirat bersama keluarga tersayang.

Itulah azam aku dari dulu, kini dan selamanya. Tak perlu nak susah- susah buat azam setiap tahun.

Paling penting hidup di dunia ini ialah sentiasa mendapat kerahmatan dari Allah Yang Maha Besar.