Jumaat, Julai 30, 2010

Tayar tercucuk benda..

Petang tadi pergi rumah emak aku di Felda Ulu Tebrau, sampai di “Corner Tapa” tiba-tiba tayar depan sebelah kiri bergegar macam langgar bonggol jalan.

Berhenti dan periksa, macam tak ada apa-apa.. tapi bila jalan bergegar lagi.. geleduk-geleduk.. Aku syak bearing roda kereta dah rosak..

Teruskan juga pergi rumah emak.

Baliknya aku terus ke “workshop” kereta, periksa kedua-dua tayar sebelah kiri.. tak ada apa-apa pulak.. siap pomen “test drive” lagi.

Balik kat rumah aku periksa lagi keempat-empat tayar. Sah, ada benda dah tercucuk masuk kat tayar depan sebelah kiri.

20100730 0017

Hantar balik kat “workshop” kereta untuk tampal.. 15mm panjang benda tu masuk dalam tayar. Tu yang bergegar bila berjalan.. kenalah RM8.00.