Khamis, Julai 29, 2010

Maaf IWK..

Semalam kira-kira jam 3:30ptg, aku terima panggilan telefon dari IWK Tampoi untuk temuduga kerja sebagai Chargeman pada pagi hari Jumaat ni.

Aku  minta maaf sebab tak dapat pergi, aku ucapkan terima kasih sebab panggil aku untuk temuduga. Aku mohon pada 21/04/2010, maknanya selepas tiga bulan baru mereka panggil aku.

Selepas aku dapat tawaran kerja di Glomac, sebenarnya ada empat panggilan temuduga lain yang aku tak pergi.

Insya-Allah, petang hari Sabtu aku akan bertolak ke Kota Damansara.