Selasa, Disember 30, 2008

Maybank tak pernah minta nombor pin

Malayan Banking Bhd (Maybank) tidak pernah menghantar e-mel meminta pelanggannya yang melakukan transaksi perbankan online untuk mengemaskini maklumat peribadi dengan memasukkan pin nombor atau nombor keselamatan akaun.

Bagi menjamin keselamatan pelanggan supaya tidak menjadi mangsa penipuan sindiket tertentu Maybank juga menyediakan notis amaran kepada semua pengguna dalam laman webnya iaitu Maybank2u.com yang meminta pengguna mengabaikan sebarang emel untuk mengemaskini maklumat akaun yang diterima mereka.

* Semua perbakan online di Malaysia menyediakan notis amaran ini.

Naib Presiden yang juga Ketua Perbankan Maya Maybank, Ahmad Shareza Abdul Rahman, berkata, pengguna juga diingatkan supaya tidak membuka e-mel dan terus memasuki laman Maybank2u menerusi e-mel yang dihantar kerana sindiket tertentu dipercayai menggunakan taktik sedemikian bagi mencuri wang pelanggan.

* Dah bekali-kali diingatkan.

* Pengalaman aku, pernah menerima email yang kononnya dari Maybank, CIMB, AmBank dan RHB. Kelakarnya ada satu bank tu aku tak ada akaun pun.

“Maybank juga bekerjasama dengan agensi keselamatan siber nasional iaitu Cybersecurity dalam melihat perkembangan jenayah siber di negara ini.

“Laman web perbankan kami selamat, namun pengguna perlu berhati-hati dengan penipuan memandangkan ia adalah masalah industri yang boleh memberi kesan kepada sektor kewangan dan tidak terhad kepada Maybank,” katanya.

* Aku sendiri yakin ianya selamat kalau kita sentiasa berhati-hati dan mematuhi nasihat.

* Kalau ada apa-apa yang mencurigakan hubungi segera pihak bank terbabit.