Jumaat, Oktober 28, 2005

Aku Sakit..

Semasa aku menulis ni, aku masih bercuti lagi ..Hospitalization Leave hingga 09/11/2005 kerana sakit tulang belakang. Pada 01/09/2005, aku rasa sakit pinggang, pagi tu aku tak jadi pergi kerja, dapat MC dari Poliklinik Puteri [Dr. Mustaffa Sham Bin Musa]. Selepas tu aku banyak dapat MC dari Klinik Titan [Dr.Pathmakanthan dan En.Khamis Bin Ahmad], aku hanya dibenarkan membuat kerja-kerja ringan selama sebulan. Doktor hanya benarkan aku mengangkat benda berat setakat 10kg, tak boleh panjat tangga dan mencapai benda tinggi.

Pada 13/09/2005 aku dirujuk ke Puteri Specialist Hospital [Dr.Mazwar bin Sofiyan], setelah menjalani pemeriksaan dan melakukan MRI doktor sahkan disk antara L4 dan L5 aku dah rosak. Disk yang terkeluar menyebabkan saluran urat saraf tulang belakang jadi sempit. Doktor syorkan aku membuat rawatan terapi seminggu dua kali Jabatan Fisio terapi hospital tu.
Pada 27/09/2005 aku rasa sakit sangat semasa pandu kereta nak pergi kerja. Aku pusing balik dan tak jadi pergi kerja, aku ke Poliklinik Puteri [Dr.Pishal Bin Pauzi], MC lagi dan dia syorkan aku buat pembedahan.

Aku jumpa Dr.Pathma dan setelah berbincang, aku terpaksa buat pembedahan.

30/09/2005, aku jumpa Dr.Mazwar di Puteri Specialist Hospital dan pada jam 10.00 pagi aku dimasukkan ke wad L401B.

02/10/2005, lebih-kurang jam 09:00 pagi hingga jam 12:00 t/hari aku menjalani pembedahan tulang belakang.

03/10/2005, atas permintaan aku dan isteri, aku dibenarkan keluar wad dan balik kerumah. Walau bagaimanapun aku kena buat pemeriksaan ulangan di hospital. Pemeriksaan ulangan yang akan datang ialah pada 09/11/2005.

Aku nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada semua insan-insan yang telah memberi perhatian terhadap sakit yang aku alami, terutamanya:

  • Khasnya isteri aku tersayang Izah serta anak-anak aku Khairul dan Rahieza.
  • Doktor-doktor yang merawat aku, khasnya Dr.Pathmakathan [Klinik Titan] dan Dr.Mazwar [ Puteri Specialist Hospital].
  • Semua staff Puteri Specialist Hospital yang terlibat, khasnya Jabatan Fisioterapi dan petugas Wad 410.
  • Keluarga aku, khasnya Emak, Adik sekeluarga dan Ngah sekeluarga.
  • Keluarga mertua, khas buat Emak dan Abah yang banyak membantu, Noi dan Rasid sekeluarga, Uda sekeluarga khasnya untuk Roslee [kerana menunggu di hari pembedahan dan tolong pandu kereta] dan Ngah Lasim sekeluarga.
  • Jiran-jiran khasnya Pak Wan [tolong bawa Kancil aku balik] dan isteri serta Kak Nor.
  • My best friend aku, Izat sekeluarga.
  • En. Mohd Sanusi Idris, my boss yang memahami keadaan aku dan semua teman sekerja yang ingatkan aku.
  • Semua teman-teman yang mendoakan kesejahteraan aku.

Posted by Picasa