Ahad, November 21, 2010

Aku terima “Confirmation letter”

Alhamdulillah, aku telah menerima “confirmation letter” bertarikh 08/11/2010 dan pengesahan jawatan bermula pada 01/11/2010 dengan kenaikan gaji.

Terima kasih kepada majikan dan syukur kepada Allah yang memberikan aku pertambahan rezeki ini. Semuga rezeki yang aku dapat ini sentiasa diberkati Allah… Amin.

Jumaat, November 05, 2010

Tukar timing-belt WIRA

Setelah hampir 2 minggu enjin kereta aku bergegar semacam, akhirnya pada 16/10 yang lalu aku menghantar kereta ke workshop masa balik ke TIram.

Sebelum ni ada yang kata disebabkan oleh throtle-body yang dah rosak. Memang selepas cuci benda tu ada kurang sikit gegarnya. Sebenarnya selepas diperiksa rupa-rupanya timing-belt wira tu dah longgar dan bearingnya pun dah berbunyi. Makanya setelah ditukar baru termasuk engine-mounting di sebelahnya keadaan enjin wira kembali normal.

20101016 008

Kos pembaikan RM325, berbanding kalau tukar throtle-body sekitar RM900.

Alhamdulillah, nasib baik tak tersalah tukar.